Menurut satu kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis, jika anda menambah satu makanan ini dalam diet harian anda, anda boleh mengurangkan risiko sakit jantung, mengembalikan kesihatan, dan mengelak penyakit jika anda menghadapi sakit jantung.

 

Kajian turut membuktikan yang ekstrak buah delima kemungkinan besar mengundurkan punca utama sakit jantung, seperti penebalan selaput lemak pada arteri darah anda. Ya, buah delima! Tidak kiralah jika anda makan buahnya atau minum airnya atau ambil ekstraknya sebagai makanan ruji harian anda, ia bakal membantu anda mengelak sakit jantung.

 

1. Delima kaya dengan nutrien penting

Satu cawan bijian buah delima sahaja mengandungi 7 gram fiber, 144 kalori, 3 gram protein, potassium, folat dan vitamin C dan K. Selain itu, buah delima juga memiliki jumlah antioksidan yang tinggi yang boleh menghalang kerosakan sel akibat oksidasi.

 

2. Terkandung dua kompaun tumbuhan yang kuat

Dua kompaun ini adalah bertanggungjawab ke atas kebaikan buah delima. Kompaun pertama adalah Punicalagins, antioksidan ini terletak pada kulit dan jus buah delima. Kompaun kedua adalah asid punicic yang mana ia adalah asid lemak yang penting terletak dalam biji benih delima.

 

3. Properti anti-radang

Memandangkan buah delima memiliki properti ini, ia sempurna untuk menurunkan keradangan yang membantu mengelak penyakit diabetes type 2, kanser, sakit jantung, obesiti dan penyakit Alzheimer.

 

4. Membantu menurunkan tekanan darah

Menurut kajian, apabila seseorang mengambil 150ml jus delima setiap hari, anda boleh menurunkan tekanan darah anda secara drastik dalam masa dua minggu.

 

5. Membantu melawan jangkitan fungal dan bakteria

Delima juga memiliki kekuatan medikal yang membantu melawan jangkitan bakteria yang merbahaya. Ia juga berkesan dalam melawan sesetengah jangkitan bakteria dan fungal.

 

Mari buat jus delima anda sendiri!

 

Sumber: Youtube (Drinks Made Easy)