Pencuci Muka
Sebelum memilih pencuci muka yang sesuai dengan anda, kenali jenis kulit wajah anda terlebih dahulu. Bahan-bahan yang terdapat di dalam produk pencuci muka telah dipilih khas mengikut keperluan kulit wajah seseorang. Andainya anda memiliki kulit muka berminyak, menggunakan pencuci muka khas buat orang yang mempunyai kulit sensitif adalah tidak sesuai. Setelah anda tahu jenis kulit muka anda, dapatkan pencuci muka yang sesuai. Kini tidak susah kerana lambakan produk pembersih wajah. Ada yang murah, mahal, berbau harum, tanpa pewarna, dan banyak lagi. Jika anda menggunakan pencuci muka yang sama dalam  tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan mulai ditumbuhi dengan ruam-ruam  halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dalam kadar segera.
 
  • Sebelum mencuci muka, RAPI menyarankan agar anda membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ia bagi menanggalkan kotoran  yang ada pada  wajah, berkemungkinan pencuci muka tidak dapat membersihkannya secara total. Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka anda. 
  • Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk  putaran. Kemudian dibilas dengan air bersih.
  • Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah anda sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua.
  • Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah selepas itu.
 
Penyegar Wajah
Toner (penyegar) adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran pada kulit muka seseorang. Pilihlah yang berasaskan bahanbahan semulajadi untuk hasil yang lebih baik. Seeloknya pemilihan pencuci muka dan penyegar biarlah jenama yang sama. Jika dilihat  di pasaran, setiap produk didatangkan dalam set penjagaan wajah yang sama. 
  • Gunakan kapas muka yang lembut. Basahkan dengan sedikit penyegar.  
  • Sapukan toner ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan.
  • Pastikan ia disapu dalam keadaan memutar. Jika anda dapat merasakan sensasi dingin penyegar wajah yang anda gunakan, bermakna ia sudah benar-benar segar.
 
Pelembap Muka
Sama seperti penyegar, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap muka biasanya didatangkan dengan kebaikan seperti di dalam krim tabir suria bagi melindungi anda yang tidak bersolek. Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan natural
seperti teh hijau dan aloe vera. Pelembap muka tanpa haruman adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan ini di dalamnya. 
  • Ambil pelembap muka dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda.
  • Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka, dan terus ke dagu. 
  • Hati-hati dengan amaun pelembap muka yang anda pakai kerana berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak. 
  • Sekiranya kulit anda terasalicin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi. 
 
 
Berikut adalah asas pembersihan wajah yang mudah, tetapi mengambil inisiatif untuk memelihara kesihatan kulit dan sentiasa tampak cantik:- 
  • Menggunakan skrub muka setiap dua atau tiga kali seminggu. Pilih yang mempunyai butiran halus berbanding yang kasar kerana ia lebih sesuai dengan tekstur  kulit seorang wanita. Skrub dengan butiran kasar lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang luas.
  •  Pupur wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan sel-sel mati dengan lebih berkesan selepas ia dilulur dengan skrub. 
  • Penggunaan krim lingkaran gelap bawah mata atau sebarang petua lain untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata juga tidak salah diamalkan selagi ia tidak  berbahaya buat sesiapa.