Majalah Nur sekali lagi menganjurkan pertandingan ‘Pencarian Ikon Nur 2014/2015 buat kali kelapan tahun ini. Bagi anda yang tidak pernah dengar tentang pertandingan ini, ia dahulunya dikenali sebagai  'Pencarian Covergirl'.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/28%20FEB/ikon2.jpg



11 orang calon finalis yang memulakan perjalanan mereka dalam pertandingan ini dipilih berdasarkan kriteria seperti profesion hebat, pendidikan, skil komunikasi dan juga personaliti yang menarik. Kesemua mereka telah pun melalui peringkat borang pencarian kemudian disaring melalui test-shot dan sesi temu ramah.

 

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/28%20FEB/ikon3.jpg


Kemudian, editorial Majalah Nur memilih seorang figura yang ideal untuk menjadi penghias wajah bulan tersebut.Terbukti, kesemua finalis ini selayaknya bergelar ikon kerana mereka bukan sekadar bergantung kepada rupa tetapi juga berjaya dalam bidang professional, kreatif dan sains pilihan mereka.  

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/28%20FEB/ikon5.jpg



Finale ini akan berlangsung pada 5 Mac 2016 ini di ASWARA jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat siapa yang akan dijulang sebagai Ikon Nur 2014/2015 ini. Good luck kepada semua finalis!

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/28%20FEB/ikon%20nur.jpg
 

*Untuk melihat sebarang perkembangan finalis Ikon Nur 2014/2015, anda boleh #ikonnur dan #ikonnur2015 di laman instagram Nur.