Pusat membeli-belah dalam talian, Lazada Malaysia akan menganjurkan jualan ‘Super Raya” sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian hampir. Jualan ini berlangsung cuma satu hari sahaja pada 16 Julai 2014. Ia diadakan sempena 1Malaysia Mega Sale, aktiviti tahunan Tourism Malaysia yang terkenal dengan acara membeli-belah paling utama di negara ini.

 

Jualan ‘Super Raya’ ini akan melibatkan kesemua 13 kategori barangan yang ditawarkan di Lazada. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah dengan diskaun yang lebih banyak semasa ‘Super Raya Sale’.

 

Antara promosi yang ditawarkan dalam jualan satu hari ini termasuk diskaun sehingga 92% bagi pelbagai barangan daripada pakaian tradisional wanita rekaan Hatta Dolmat, beg tangan, gadget elektronik Samsung, barangan tilam dan katil Akemi serta televisyen.

 

Dua tahun memerhatikan sambutan hari raya di negara ini, Igor Pezilli, CEO Lazada Malaysia berpendapat, “sempena Hari Raya, pasti orang ramai mahu mendapatkan produk elektronik, gadget dan barang keperluan rumah yang baru. Oleh itu, kami akan mengadakan jualan besar-besaran selama satu hari di mana mereka boleh membeli semua itu di dalam talian.”

 

Beliau yang sudah terbiasa dengan tradisi dan budaya masyarakat berkata, “Kami juga telah menambah pakaian tradisional raya dalam katalog tahun ini dan berasa gembira mengetahui Lazada Malaysia adalah salah satu daripada pilihan utama pelanggan untuk membeli-belah dalam talian.”

 

Bersesuaian dengan amalan bersedekah di musim Raya, Lazada juga akan menganjurkan permainan ‘Wheel of Raya’ sepanjang jualan berlangsung untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik seperti voucher tunai bernilai RM39,000 dan 1,000 unit cecair pencuci pinggan mangkuk berjenama Joy.

 

Kini, pelanggan di serata Malaysia juga boleh memilih khidmat penghantaran bayaran tunai ketika penghantaran, atau lebih dikenali sebagai ‘cash on delivery’ (COD). Sebelum ini, Lazada hanya menawarkan khidmat ini di kawasan tertentu seperti Pulau Pinang, Johor, dan Lembah Klang. Pelanggan boleh melakukan pembayaran tunai kepada agen setelah menerima barang yang dipesan di rumah. Promosi ‘Super Raya’ sale ini juga boleh diakses di laman mudah alih Lazada, aplikasi iOS dan Android.

 

Maklumat lanjut tentang ‘Super Raya Sale’ boleh didapati di http://www.lazada.com.my atau laman Facebook Lazada Malaysia, http://www.facebook.com/LazadaMalaysia.