Majalah Pa&Ma bakal menganjurkan ekspo keibubapaan, Mini Fiesta Pa&Ma pada 26 hingga 27 Oktober ini.  Acara ini adalah julung-julung kali diadakan sempena Ulang Tahun Pa&Ma yang ke-13 tahun.

 

 Acara ini adalah julung-julung kali diadakan sempena Ulang Tahun Pa&Ma yang ke-13 tahun di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

 

Acara ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan pembaca yang banyak memberikan sokongan selama ini. Diharap melalui pelbagai aktiviti yang akan berlangsung di Mini Fiesta Pa&Ma  dapat mendidik pembaca tentang dunia keibubapaan.

 

Di samping itu ibu bapa turut boleh membawa anak-anak dan ahli keluarga untuk beriadah di samping membeli belah barangan keperluan bayi kerana terdapat lebih daripada 30 booth jualan barangan ibu dan anak akan dibuka.

 

Antara acara menarik di Mini Fiesta Pa&Ma adalah

 

* LEBIH 30 BOOTH JUALAN dibuka kepada pengunjung – menjual barangan keperluan ibu dan bayi, alat mainan, suplemen, susu, pakaian dan lain-lain bahkan ada yang buat stock clearance!

 

* LEBIH 1,000 GOODIES disediakan untuk para pengunjung. Siapa cepat dia dapat!

 

* PERTANDINGAN BAYI PA&MA peringkat separuh akhir (26 Oktober) dan peringkat akhir (27 Oktober). Hadiah berjumlah RM 45,000 menanti para pemenang termasuk hadiah wang tunai!

 

* PERTANDINGAN SI MANJA FOTOGENIK PADA 26 & 27 OKT – dibuka kepada bayi & kanak-kanak berusia 0-4 tahun. Hadiah berjumlah RM 15,000 menanti para pemenang termasuk hadiah wang tunai! (sila rujuk kepada poster untuk maklumat lanjut). Jadi bawa anak anda untuk menyertainya. Siapa tahu anak anda fotogenik?

 

* AKTIVITI PENTAS – akan berlangsung sepanjang hari. Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk aktiviti klien yang menawarkan bermacam hadiah kepada mereka yang menyertainya.

 

* HIMPUNAN KELAB KEMBAR Malaysia – 26 Oktober 2013!

 

* PENAMPILAN ISTIMEWA TIGA orang selebriti mama dalam acara pentas Chit Chat Mama.

 

* PERADUAN PUSING & MENANG oleh Karihome.

 

* CABUTAN BERTUAH lima kali sehari.

 

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk beramai-ramai datang memeriahkan acara Mini Fiesta Pa&Ma. Kami menanti kedatangan anda semua!