Siapa yang belum berkunjung lagi ke Karnival Karangkraf 2014, anda masih belum terlambat! Kami akan terus berkarnival selama tiga hari memeriahkan suasana di perkarangan Karangkraf bermula 7 hingga 9 Februari ini. Jangan lupa untuk melawat booth Majalah Rapi untuk menang pelbagai hadiah menarik.

 

Banyak akviti menarik juga dianjurkan Majalah Rapi seperti ‘Aero-dance’ yang akan diketuai oleh Pakar Kecergasan yang juga merupakan panel Majalah Rapi. Anda juga boleh bertemu dan beramah mesra dengan wartawan serta editor Majalah Rapi sendiri. Pelbagai hamper dan hadiah menarik menanti anda semua. Jangan ketinggalan!