RAPI telah dilantik menjadi majalah rasmi untuk MAKNA Founder’s Night Run 2014 (MFNR) yang akan berlangsung pada 1 November ini di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Ia kembali diadakan untuk tahun kedua dan dianjurkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 MAKNA.

 

Dalam masa yang sama, acara Perhimpunan Wira Kanser turut akan diadakan oleh MAKNA sebagai menandakan penglibatan organisasi ini selama dua dekad yang memberi perkhidmatan dan bantuan kepada pesakit kanser dan orang ramai di Malaysia.

 

2 Oktober lalu, MAKNA telah mengadakan satu majlis untuk memperkenalkan para penaja dan rakan sokongan sempena larian ini di D-Villa Residence bermula jam 11 pagi. Puan Hafiza Mohd Zaferi, Penolong Pengurus Pemasaran dan Promosi Grup Majalah Karangkraf telah mewakili Rapi untuk majlis ini.

 

Lebih dari 5000 peserta telah mendaftar untuk larian tersebut. Tujuan MNFR adalah untuk mengumpul dana demi membantu pesakit kanser yang dibantu MAKNA. Sebagai majalah kesihatan nombor satu di Malaysia, Rapi sentiasa bersedia memberikan sokongan terhadap apa sahaja program yang melibatkan gaya hidup sihat.

 

Bagi anda yang telah mendaftar untuk larian ini, ayuh kita sokong MAKNA dan jumpa nanti di Putrajaya!