Bengkel Fun, Fit & Gorgeous RAPI kali ketiga tahun ini menjelajah ke sebelah pantai timur tanah air pula. Bertempat di MS Garden, Kuantan, RAPI telah menggegarkan warga Pahang pada 15 Jun 2013 yang lalu. Sambutan peserta untuk bengkel kali ini di luar jangkaan! Sehingga ada penyertaan yang kami tolak dek kerana terlalu ramai pembaca setia RAPI yang ingin menyertai. Hebat
sungguh orang Pahang!

 

Aduh, gamatnya suasana!
Seawal jam 8 pagi, sudah ada peserta yang mendaftar. Kebanyakan peserta menyokong penuh tema yang kami tetapkan untuk bengkel kali ini iaitu memilih persalinan sukan rona kuning, hitam, dan putih. Bising jadinya apatah lagi selepas kami menyerahkan goody bag kepada mereka. Lebih kurang 40 minit waktu mendaftar, kami mulakan bengkel pada pagi itu dengan kelas aerodance oleh jurulatih profesional, Puan Mastura atau lebih dikenali dengan nama Kak Nona.


Rentak tarinya tangkas dan lagu-lagu yang menjadi pilihan pada pagi tersebut ternyata menjadi pencetus tenaga semua peserta. Yang mana layu matanya seawal waktu pendaftaran sebentar tadi, sudah mula terjaga dan bersemangat.

 

Kesihatan juga penting
Seterusnya, bengkel diteruskan dengan slot daripada Eskayvie. Selain bercerita tentang kecantikan, Eskayvie turut mengetengahkan soal kesihatan wanita. Ternyata ceramah oleh pengasas Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mencuri minat para peserta. Riuh rendah suasana dalam dewan dengan gelak tawa mereka mendengarkan gurauan Dr. Syid tentang
rahsia wanita. Sejurus sesi bersama Eskayvie, bengkel diteruskan dengan kelas diet daripada KPJ Kuantan.

 

Pakar diet mereka, Cik Madihah Mazha berkongsi panduan berdiet dengan cara sihat. Semua peserta tidak ketinggalan mencatat nota. Tambah menarik, Cik Madihah turut memberi tip berdiet ketika bulan Ramadan. Giliran Trubellai yang seterusnya. Pn. Shikin dan Pn. Raihan mengetengahkan tentang kesihatan dalaman wanita. Selain memilih seorang peserta untuk terlibat dengan demonstrasi bertangas, satu lagi kelainan yang dilakukan Trubellai adalah mengadakan game dalam kalangan peserta.

 

Slot kesihatan tidak berhenti setakat itu. Usai makan tengahari, Dr. Khaled Mat Hassan iaitu pakar obstetrik dan ginekologi daripada KPJ Kuantan bertanggungjawab untuk bercerita tentang kesihatan wanita. Dr. Khaled bukan sahaja berjaya menarik
minat para peserta dengan ceramahnya, bahkan slide yang disediakan membuatkan semua peserta mulai sedar akan kepentingan menjaga kesihatan mereka sedari awal.

 

Sejurus selepas itu, Dr. Rushmini Maris pula mengambil giliran untuk bercerita tentang kecantikan kulit. Seiring dengan pesonanya, Dr. Rushmini bukan sahaja bercerita tentang kecantikan dengan solekan bahkan secara semulajadi. Selain itu, beliau tidak ketinggalan untuk berkongsi tentang rawatan teknologi untuk kesihatan dan kecantikan kulit yang terbaharu.

 

Masa untuk ‘bergoyang’!
Sempat juga kami mengadakan game ringkas yang kami namakan Aerodance Battle. Ini adalah satu kelainan yang RAPI bawakan untuk bengkel kali ini. Para peserta dibahagikan kepada lima buah kumpulan dan mereka diminta untuk berlatih menari dengan lagu pilihan sendiri. Semuanya berlatih dengan tekun sepanjang tempoh 20 minit yang kami berikan. Teruja team
RAPI melihat kesungguhan setiap kumpulan. Hadiah untuk slot ini ditaja sepenuhnya oleh ADABI.


Sebaik sahaja selepas itu, RAPI turut memilih beberapa orang peserta untuk menerima anugerah istimewa kami. Antaranya adalah Peserta paling sporting, peserta paling awal mendaftar, peserta paling ‘mantap’, peserta paling fit, dan peserta paling gemalai. Riuh dengan gelak tawa jadinya seluruh dewan dengan anugerah istimewa yang kami adakan buat para peserta yang dihargai. Sebelum bengkel berakhir pada hari tersebut, sekali lagi sesi aerodance dikendalikan oleh Kak Nona. Semua orang kembali aktif dan bergembira.

 

Terima kasih semua...
Akhir sekali adalah waktu penyampaian sijil. Terima kasih buat semua penaja yang sudi menaja bengkel RAPI di Kuantan kali ini. Setingg-itinggi ucapan terima kasih buat Hotel MS Garden, Kuantan, yang memberikan kerjasama baik sepanjang kami di sana. Untuk peserta bengkel di Kuantan, anda sangat sporting! Jika ada umur yang panjang, pasti kita berjumpa lagi. Lihatlah sepuasnya foto-foto kalian sepanjang di bengkel kali ini.

 

Jangan lupa ikuti coretan perjalanan bengkel di Kelantan pada bulan September nanti. Terima kasih buat semua!