Promosi minum petang ini diadakan pada 25 Disember 2014 bermula jam 12 tengahari sehingga 4.30 petang dengan harga RM81.20 setiap individu yang menghidangkan hidangan klasik tradisional perayaan Krismas seperti Roasted Turkey Breast yang dihidang bersama Cranberries Sauce dan Lamb Leg yang diperap bersama Honey Rosemary Sauce.

 

Tidak sah jika tidak menamatkan minum petang dengan pemanis mulut daripada Cherry Crumble Muffin dan pelbagai kek yang pastinya akan membawa anda satu kegembiraan untuk dikongsi bersama keluarga.

 

Promosi 'hi-tea' ini terus dirai pada 1 Januari 2015 dengan pelbagai hidangan tradisional asli bermula dengan Roti Jala, Ulundu Vadai, Nasi Ayam Hainan dan Chinatown Peking Duck. Terdapat juga Som Tam and Pecal Padang Jawa beserta pemanis tradisi seperti Tapai Pulut, Kasui, Bingka Ubi, Seri Muka, Agar-agar Lumut dan banyak lagi.

 

Selain promosi 'hi-tea', GBWHSA turut menyediakan promosi bufet makan malam untuk Krismas dan Tahun Baru di Restoren Royale Songket dan Restoren Agehan Japanese pada 24 Disember 2014 dan 31 Disember 2014 masing-masing pada harga RM125.30 dan RM102.10 setiap individu.

 

Apa perayaan sekali pun, yang pasti rai dan nikmati hidangan ini tanpa ragu-ragu kerana hidangannya halal!

 

Jom ‘Follow’ media sosial kami di :

Facebook : www.facebook.com/RAPI-Magazine

Instagram : @rapi.digital

Twitter : @RapiOnline            

Youtube : Rapi Magazine