Bersempena dengan CABARAN JOM KURUS 1MALAYSIA, Majalah Rapi dengan kerjasama Kevinzahri.com/JK1M mengadakan Cabaran Tip Kurus – Rapi & Kevin Zahri. Kongsi tip atau petua kurus yang anda rasakan berkesan dan dapatkan undian tertinggi.

 

Mudah saja, kongsikan tip atau petua anda dengan cara PM kami di Facebook Majalah Rapi (facebook.com/RapiMagazine). Jangan lupa untuk sertakan sekali nama penuh, alamat, dan nombor telefon anda untuk kami hubungi. Tip terbaik akan dipilih dan dimasukkan ke laman web rapi.karangkraf.com. Dapatkan seberapa banyak undian untuk tip anda itu di sini "CABARAN TIP KURUS - RAPI & KEVIN ZAHRI".   5 tip dengan undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

 

Berikut adalah syarat-syarat penuh penyertaan:-

  1. Hantarkan tips/petua kurus anda ke (PM) Facebook Majalah Rapi
  2. Admin akan memilih dan memasukkn tips/petua terbaik ke laman web Rapi.
  3. Pastikan anda mendapat undian terbanyak untuk tips/petua kurus di laman web rapi.karangkraf.com
  4. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian tertinggi.
  5. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia.
  6. Tarikh tutup peraduan adalah 03 November 2014.
  7. Bukti e-mel tidak boleh menjadi bukti penghantaran.
  8. Sebarang perubahan hadiah tertakluk kepada pihak editorial Web.
  9. Jangan lupa sertakan nama penuh, alamat, dan nombor telefon anda.

 

Pemenang yang mendapat undian tertinggi berpeluang untuk menghadiri makan malam eksklusif bersama Kevin Zahri. Buat anda yang mempunyai tip atau petua kurus yang diamalkan dan berkesan, sama-samalah kongsi bersama RAPI. Mana tahu, andalah yang bertuah untuk makan malam bersama jurulatih selebriti popular ini. Jom kurus bersama-sama!