OLDTOWN White Coffee, rangkaian kafe kopi putih di Malaysia, telah mendedahkan para pemenang Animaction Challenge, pertandingan rekabentuk dan animasi perdana yang mengajak rakyat Malaysia untuk merekabentuk ikon unggul terbaru Negara. Pertandingan ini telah berlangsung selama tiga bulan bermula 8 Julai hingga 31 Oktober 2013 dan sebanyak 850 penyertaan diterima bagi ‘Rekabentuk Watak 2D’ kategori pelajar dan 40 penyertaan untuk ‘Animasi 3D’ kategori profesional. Hadiah yang ditawarkan memang lumayan, wang tunai berjumlah RM 89,000 secara keseluruhannya! Wow!

 

Pemenang dengan penyertaan hebat bagi kategori 3D, adalah ‘Coffee Cops’ oleh Catapult Animation Studios, memaparkan set animasi 2 minit dalam persekitaran kampung Melayu tradisional. Mereka Berjaya mengaut hadiah wang tunai sejumlah RM 35,000 dan geran produksi. Bagi kategori ‘Rekabentuk Watak 2D’ pula, Koh Jhee Son Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 25,000 serta latihan praktikal bersama Animosta Studios dengan rekaan ikonnya, Pak Uke.

 

OLDTOWN White Coffee juga turut mengumumkan rancangan untuk berkerjasama dengan Catapult Animation Studios untuk menggilap dan melanjutkan gaya hidup dua pemenang utama 2D dengan tujuan mewakili syarikat dalam inisiatif pemasaran akan datang. Ha, kalau anda nak tahu mereka dalam usaha untuk menarik segmen kanak-kanak dan keluarga ke kafe mereka. Ini adalah kerana kaji selidik yang telah mereka jalankan mengesyorkan agar menu kanak-kanak disediakan dalam menu harian mereka.

 

Wah, siapa sangka tidak lama lagi akan terdapat menu untuk kanak-kanak di kafe OLDTOWN White Cofee. Sama-sama kita nantikan!- RAPI