Maybelline New York membantu para 'beautynista' tempatan mendapatkan inspirasi dan menyuntik semangat keberanian dengan menganjurkan peraduan 'Catwalk to Sidewalk' bagi mencipta versi gaya jalanan Kuala Lumpur mereka sendiri.

 

Lebih 2,500 orang gadis telah menyertai pertandingan ini di laman Facebook ‘Catwalk to Sidewalk – Rocket Me to New York’, dimana 12 finalis telah dipilih untuk ke peringkat akhir. Finalis yang terpilih perlu berusaha keras dalam tiga cabaran awal sebelum ke pentas peragaan.

 

Menggunakan warna-warna hangat musim ini, terdapat tiga gaya solekan menarik yang perlu dilalui oleh peserta untuk menambat perhatian juri dan orang ramai iaitu 'New York', 'Grafitti' dan 'Liner Junkie'.

 

Cabaran pertama yang perlu dihadapi adalah finalis apabila diminta beraksi seperti patung peragaan dengan menggayakan pakaian tajaan Nichii setelah menyolek diri sendiri. Kemudian, mereka perlu keluar ke jalan raya untuk mencari anak-anak muda yang bergaya dan menemubual tentang inspirasi fesyen menerusi 'Cabaran Sidewalk'.

 

Untuk cabaran terakhir, finalis perlu bertarung di pentas peragaan dengan gaya paling menarik hasil sentuhan rangkaian alat solek Maybelline seperti Hyper Sharp Eyeliner, warna-warna terang dari Tattoo Cream Eyeshadow , Color Sensational Bold Matte Lipstick dan digandingkan dengan Rocket Volum’ Express Mascara terbaru.

 

Akhirnya, Nur Fitriah binti Omar, 20, dan Ruwaida Ruzlan, 22, telah mengungguli pertandingan  yang disuntik aura kosmopolitan dari Kota New York. Setiap pemenang menerima hadiah berupa lawatan ke New York tajaan Maybelline. Disana, mereka akan berpeluang untuk menghadiri pertunjukan fesyen termasyhur iaitu Minggu Fesyen New York yang bakal mengetengahkan koleksi Musim Luruh/Sejuk pada bulan Februari 2014.