Jika anda tidak tahu ke mana untuk dituju hujung minggu ini, Karnival Karangkraf 2015 adalah destinasi yang paling sesuai sekali. Bermula pada 30 Januari - 1 Februari, Karnival Karangkraf 2015 dibuka kepada orang ramai pada jam 9.00 pagi - 7.00 malam manakala pada hari Sabtu ia akan berakhir pada jam 11.00 malam.

Menariknya di Karnival Karangkraf 2015, kami menawarkan potongan harga sehingga 80% untuk semua majalah dan buku terbitan Kumpulan Media Karangkraf serta diskaun sehingga 20% untuk Al-Quran.

Selain itu, para pembaca juga dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan majalah kegemaran anda. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung adalah seperti Ceramah Perdana Ustaz Kazim Elias, Forum Bicara Cinta Majalah I, The Largest Frozen Kids Gathering @ Karnival Karangkraf,kehadiran maskot-maskot terkenal dan Cosplay Animasi, Mini Konsert Media Hiburan serta banyak lagi.  

Teruskan bersama kami untuk mengetahui pelbagai aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 3 hari Karnival Karangkraf 2014.
 
Ikuti  perkembangan kami secara online:


Website – www.karangkraf.com
Facebook – Kumpulan Media Karangkraf
Twitter – @Karangkraf
Instagram – Kumpulan_Media_Karangkraf
#KarnivalKarangkraf

#Karangkraf #KarnivalKarangkraf2015 #SaveTheDate  !!!