Bengkel RAPI ‘Fun, Fit & Gorgeous You’ yang kedua menjelajah ke selatan tanah air pula. Kali ini, RAPI memilih lokasi Hotel Sentral, Johor Bahru. Betapa sporting pembaca RAPI yang menyertai bengkel ini. Gamat seluruh bilik dewan pada hari itu.


‘Kegilaan’ bermula...
Pendaftaran dibuka seawal jam 8 pagi. Bengkel bermula dengan kelas Bokwa oleh Dash Alvseike. Menggeletar kepala lutut mahu mengikut susun atur langkah yang diajar oleh Dash. Memang seronok, semua peserta kelihatan bersemangat memulakan pagi mereka di sini.


Sebaik selesai, para peserta membuat pemeriksaan kesihatan atas tajaan KPJ Johor Specialist Centre (KPJ Johor). Selain mengukur tahap BMI, para peserta juga boleh memeriksa tekanan darah mereka. Selesai pemeriksaan kesihatan, bengkel diteruskan dengan kelas penataan gaya dan fesyen oleh Ryzal, seorang pereka fesyen. Walaupun kelasnya tidak lama namun tetap riuh kerana penyampaian tidak membosankan.



Belajar tentang kesihatan
Seterusnya, bengkel diteruskan dengan slot Eskayvie. Selain bercerita tentang kecantikan, Eskayvie turut mengetengahkan soal kesihatan wanita. Menariknya, KPJ Johor turut menghantar seorang pakar diet mereka, Ms. Annie Tan untuk memberikan kelas kepada peserta. Ketika slot diet, para peserta dapat mempelajari tentang diet sihat dan selamat untuk diamalkan oleh setiap wanita.

Dr. Ruhmini Maris mengambil giliran untuk bercakap tentang kesihatan dan kecantikan kulit. Selain itu, beliau turut berkongsi panduan untuk mengekalkan kesihatan dalam kalangan wanita. Seterusnya Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari KPJ Johor, Madam Lim Keng Joo bercerita tentang kesihatan dalaman wanita. Selain kanser servik, beliau turut bercerita tentang kanser lain yang berkaitan dengan sistem reproduktif wanita.

Sementara menanti wakil daripada TruBellai iaitu Pn. Shikin dan Pn. Raihan yang datang dari Kuala Lumpur, team RAPI mengadakan games untuk menggamatkan suasana. Banyak aksi spontan yang dapat dilihat. Memang menghiburkan!

 

Zumba
Untuk slot terakhir sebelum kelas Zumba, wakil Trubellai bercerita tentang penjagaan buat wanita selepas bersalin. Walaupun kebanyakan peserta sudah berpengalaman melahirkan anak, mereka tetap memberikan sepenuh perhatian. Tamat slot bersama TruBellai, bengkel ditutup dengan kelas Zumba yang sangat meriah.

Terima kasih buat semua penaja yang sudi menaja bengkel RAPI di Johor kali ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan buat Hotel Sentral yang memberikan kerjasama baik sepanjang kami di sana. Buat semua peserta bengkel JB, andamemeng gerek sehhh! Jika ada ruang dan masa tahun hadapan, kita pasti berjumpa lagi.