Baru-baru ini majalah Rapi telah dijemput bagi menghadiri sesi penerangan Cabaran musim ke-3 JK1M yang dianjurkan oleh Kevin Zahri selaku pakar pemakanan dan kecergasan. Cabaran Jom Kurus 1Malaysia adalah cabaran mengurangkan berat badan yang berlangsung selama 6 minggu di seluruh Malaysia. Majalah Rapi menjadi majalah rasmi musim ke-3 cabaran ini yang telah bermula 13 September 2014 lalu. Selama 6 minggu, setiap kawasan akan menganjurkan aktiviti kecergasan seperti bootcamp, aerobik, futsal, senaman gim dan lain-lain bersama peserta yang mempunyai hasrat dan matlamat yang sama.

 

Selain aktiviti mingguan kawasan pilihan anda, cabaran JK1M juga menganjurkan pelbagai akvititi tambahan seperti pertandingan badminton, futsal, dodgeball, JomFit dan lain-lain. Untuk cabaran selama 6 minggu ini, akan ada pemenang kawasan dan juga pemenang keseluruhan 1Malaysia untuk kategori lelaki dan perempuan yang bernilai sehingga RM5,000.

 

Cabaran musim ke-3 ini adalah bersama team leader dan tidak melebihi 50 peserta untuk setiap kawasan. Cabaran JK1M ini bukan sahaja untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan bahkan dapat meningkatkan kecergasan dan menambah kenalan yang baru.