Bersempena dengan CABARAN JOM KURUS 1MALAYSIA, Majalah Rapi dengan kerjasama Kevinzahri.com/JK1M mengadakan Cabaran Tip Kurus – Rapi & Kevin Zahri. Tarikh tutup peraduan cabaran tip kurus ini adalah pada 3 November 2014 yang lepas.

 

Selepas meneliti setiap tip daripada pembaca RAPI di Facebook dengan undian tertinggi, lima orang peserta dipilih sebagai pemenang. Kelima-lima pemenang berpeluang untuk makan malam eksklusif bersama jurulatih selebriti, Kevin Zahri.

 

Lima pemenang tersebut adalah Badiuzaman Mohd Noor, Norasmah Md Amin, Mohd Fadzli Abdul Mutalib, Siti Fatimah Ibrahim, dan Norazlin Othman. Semua pemenang akan dihubungi oleh team RAPI untuk menebus hadiah mereka.

 

Tahniah semua!