CANTIK STAILO
Cara Best Untuk Dapatkan Kulit Yang Glowy. No.5 Paling Kacang Sekali!
hiasan

Kita semua sememangnya mengidamkan kulit yang bebas cela dan glowy. Kulit yang glowy memberi indikasi yang kulit wajah kita sihat dari dalam dan juga dari luar. Untuk mendapatkan kulit glowy, anda perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman.

 

Apabila anda merawat dan memberi nutrisi pada kulit secara dalaman dan luaran serentak beserta bantuan ekstra untuk efek glow, kulit anda pasti akan kelihatan berseri, bebas cela dan bercahaya. Mari Rapi berikan beberapa cara unik untuk anda dapatkan kulit glowy.

 

1. Exfoliate

 

exfoliate

 

Majoriti kita jarang melakukan aktiviti ini untuk wajah anda. Sedangkan exfoliate adalah kunci utama untuk mendapatkan kulit glowy. Exfoliate akan membuang lapisan kulit paling luar wajah anda.

 

Bukan itu sahaja, ia juga akan membersihkan liang pori dan juga memastikan jerawat tidak timbul. Terdapat banyak skrub yang best dan boleh anda cuba di pasaran tetapi pastikan ia serasi dengan wajah anda. Sebaiknya, cari yang organik dan dari jenama yang bagus.

 

2. Minyak kelapa (dara atau tidak)

 

coconut oil

 

Minyak kelapa seharusnya menjadi BFF kulit anda. Ia memastikan kulit anda kekal lembut, supple, bebas cela, glowing dan sihat. Ia memberi kebaikan dari dalam dan juga luar. Anda juga boleh menambahkan minyak kelapa dalam diet anda (dalam bentuk tablet atau cecair).

 

Gantikan pencuci wajah anda dengan minyak ini - hanya ambil sedikit minyak ini, letak pada tapak tangan, gosok dan sapu pada wajah. Sapuan pada wajah itu biarkan selama 3 - 4 minit dan balut wajah anda dengan tuala lembap yang suam selama 15 minit. Jika wajah anda sedikit berminyak, gunakan tepung gram untuk jadikan ia skrub.

 

3. Mist wajah

 

face mist

 

Semburan ini adalah cecair yang boleh disembur pada wajah sepanjang hari. Ia memastikan wajah anda kekal hidrat dan bersinar. Terdapat banyak mist wajah di pasaran tetapi Rapi cadangkan anda untuk menggunakan air ros yang organik atau teh hijau dalam botol sebagai mist wajah.

 

Teh hijau sangat bagus dalam menambahkan lagi glow pada wajah. Hanya bancuh teh hijau dan simpan dalam botol spray, gunakan sepanjang hari. Tetapi untuk teh hijau ini pastikan anda habiskan dalam tempoh satu hari.

 

4. Detoks

 

lemon detox

 

Rapi pasti ramai yang sudah sedar akan kebaikan detoks ini dan ia masih lagi merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas cela seterusnya mendapat kulit yang glowy. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih = kulit yang bersih dan sihat.

 

Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum. Anda juga boleh tambahkan sedikit madu untuk menghilangkan rasa masam lemon tersebut.

 

5. Ais

 

ice cubes

 

Bahan ini adalah paling mudah dan best sebab ia percuma! Anda hanya perlu ambil seketul ais dan sapu pada seluruh wajah anda. Ia akan meningkatkan peredaran darah pada wajah, hasilnya instant glow! Ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat juga.

 

Gunakan kiub ais dari teh hijau atau jus pudina juga sangat baik memandangkan ia ada manafaat tambahan.