Biji chia, datang dari pokok Mexican dalam keluarga pudina, biasanya tergumpal bersama dan akan mengenyangkan anda. Ia juga boleh mengimbangkan kandungan gula dalam darah anda serta penuh dengan mineral dan antioksidan.

 

Kandungan nutrien

Penuh dengan asid lemak penting (omega-3) yang memupuk kesihatan jantung dan sendi serta meningkatkan kebolehan memori.

 

Kebaikan tambahan

Biji chia mengandungi jumlah fiber yang tinggi - 11 gram! Mereka juga kaya dengan kalsium, potasium dan zat besi.

 

Infomasi nutrisi

Setiap hidangan sebanyak 1 ounce (28.3 gram):

Lemak - 9 gram

Kalori - 137 gram

Protein - 4 gram

 

Cara terbaik untuk menikmati biji chia

a) Anda boleh makan secara mentah dan ia seakan rasa kekacang.

 

chia seed

 

b) Anda boleh masukkan satu sudu besar ke dalam jus kegemaran anda (atau air detoks) dan goncang sebelum minum.

 

detox chia seed

 

c) Campurkan juga ke dalam apa sahaja yang anda bakar; pudding, kek, muffin atau oatmeal juga sangat baik.

 

chia oatmeal

 

Jumlah pengambilan sehari (saranan)

Kurang dari tiga sudu besar

 

AMARAN

Makan terlalu banyak biji chia boleh menurunkan tekanan darah anda dengan banyak dan mendadak.