2014, RAPI menampilkan si manis Zara Zya sebagai gadis penghias kulit yang pertama. Popularitinya melonjak naik selepas membintangi drama ‘Love You Mr Arrogant’. Walaupun beliau sudah memulakan karier lakonan sejak 10 tahun yang lalu, namun baru kini namanya meniti ke puncak. Yakin dengan karisma dan azamnya dalam dunia seni, RAPI bawakan beliau untuk anda semua. Ayuh kita singkap kisah cantik, sihat dan cergas Zara.

 

RAPI: Hello Zara! Boleh kongsi dengan kami perancangan anda untuk tahun ini?

ZARA: Hello RAPI. Terima kasih kerana memberi peluang pada saya menghiasi muka depan RAPI untuk isu sulung ini. Untuk tahun 2014, saya memang sudah membuat banyak perancangan untuk karier saya. Saya ingin memperbanyakkan lagi penglibatan dalam lakonan. Tawaran memang sudah ada Cuma saya perlu menyusunnya sebaik mungkin. Saya beharap agar kerjaya saya semakin hangat tahun ini.

 

RAPI: 10 tahun terlibat dengan dunia lakonan, bagaimana anda memperbaiki tahap lakonan?

ZARA: Sebaik menerima tawaran, saya akan mengkaji watak saya terlebih dahulu. Saya juga banyak berbincang dengan pengarah. Selain itu, saya juga sering mengatasi kelemahan diri. Dahulu saya agak pemalu. Namun perlahan-lahan saya atasinya. Sedikit sebanyak ini meningkatkan lagi keyakinan diri saya khususnya dalam karier.

 

Vitamin C jadi keutamaan

 

RAPI: Dalam usia 28 tahun, bagaimana anda menjaga kesihatan diri?

ZARA: Buat masa ini, saya akan mengambil air bancuhan vitamin C sebelum memulakan penggambaran. Ia membantu saya lebih bertenaga. Kalau tak ambil, saya mudah penat. Di rumah pula, saya banyak ambil air putih. Untuk mengekalkan kesihatan tulang, saya minum susu setiap hari. Saya bukan orang yang terlalu bergantung kepada suplemen. Saya lebih percayakan cara semula jadi untuk menjaga kesihatan diri.

 

RAPI: Cara semula jadi bagaimana yang dimaksudkan?

ZARA: Saya percara, pemakanan yang sihat dan seimbang lebih penting untuk mengekalkan kesihatan diri. Kalau makan, saya banyakkan ulam-ulaman. Saya menggunakan cara semula jadi ini bukan sahaja untuk kesihatan, bahkan kecantikan.

 

ZARA  berkongsi lebih banyak lagi tentang info kecantikkan dan kesihatan bersama kami. Jangan ketinggalan untuk dapatkannya di dalam RAPI keluaran 1 Januari 2014!