Gadis ini memang cantik! Dengan hanya mengenakan dres dan cermin mata hitam, penampilannya ringkas namun masih punyai tarikan tersendiri. Bakat Reen Rahim, penghias kulit kali ini dicungkil melalui sebuah program realiti. Lakonan Reen semakin disebut-sebut apabila memegang watak antagonis, Balqis, di dalam drama bersiri ‘Cinta Jannah’ tidak lama dahulu. Mengagumi lakonannya membuatkan RAPI tidak membuang masa untuk mendekatinya bagi mengorek segala rahsia sihat, cergas, dan cantiknya.

 

 

RAPI: Hai Reen! Bolehkah anda berkongsi erti kesihatan bagi diri anda?

REEN : Hai RAPI. Bagi saya, kesihatan sangat penting! Jangan ambil mudah. Semasa masih mudalah kita harus mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan. Banyak suplemen yang boleh kita dapati sekarang, dengan hanya satu tablet kita boleh dapat pelbagai jenis khasiat. Ingatlah tubuh kita tiada spare part, maka hargailah dari sekarang. Pada saya, lebih baik mencegah daripada merawat.

 

RAPI: Bagaimana pula Reen menjaga kesihatan?

REEN :  Seperti mana yang saya katakan tadi, sekarang mudah untuk makan suplemen. Saya juga mengamalkannya. Saya ambil suplemen vitamin C dan banyakkan pengambilan makanan seimbang. Antaranya adalah sayur dan buah-buahan serta minuman soya organik. Untuk kecantikan kulit, saya ambil kolagen.

 

RAPI:  Bermakna anda seorang yang menjaga makan. Berdietkah?

REEN :  Tidak secara keterlaluan. Saya hanya kurangkan pengambilan nasi. Sarapan lebih kepada pengambilan roti dan suplemen. Makan berat cuma pada waktu tengahari. Pada waktu malam, saya ambil hidangan ringkas yang sihat dan banyakkan makan buah-buahan jika lapar.

 

RAPI: Adakah anda seorang yang cergas?

REEN :  Saya tidak melabelkan diri sendiri sebagai terlalu fit. Namun saya bukanlah orang yang mudah letih. Bagi mengekalkan kecergasan, saya amalkan lompat tali di rumah. Untuk ke gimnasium memang tidak cukup masa. Selain itu, saya gemar menari.

 

Banyak lagi RAPI nak kongsi dengan anda semua, dan ia  semua ada di dalam majalah RAPI keluaran 1 November 2013 di pasaran sekarang! Antara yang menarik, 5 rahsia Reen yang anda perlu tahu, 15 aktiviti mudah bakar 100 kalori, 6 panduan mengawal kalori, 8 langkah untuk dapatkan payudara yang mantap, 10 tips atasi depresi dan banyak lagi info untuk anda!