Sakit hati kan bila tengok wanita berbadan kurus makan banyak tapi berat badannya tetap begitu. Tubuh mereka pun tak nampak 'berisi'. Apa kuasa ajaib yang mereka ada agaknya ya? Menurut kajian, kebanyakan wanita kurus mempunyai trik bijak untuk mengekalkan bentuk badan mereka. Kadang-kadang, mereka juga tidak sedar akan trik itu. Jadi RAPI kongsikan dengan anda untuk manfaat bersama. Selamat mencuba!

 

Jangan biarkan diri anda mempunyai terlalu banyak pilihan
Orang kurus umumnya tidak akan menimbunkan pinggan mereka dengan banyak makanan. Mereka hanya berpegang kepada satu saiz hidangan yang wajar. Cubalah helah ini dalam sajian anda yang seterusnya.

Jika anak-anak anda makan secara sihat, kemungkinan anda juga akan makan secara sihat
Orang kurus cenderung memasak makanan atau hidangan tanpa sebarang asas (asli) dan kurangkan makanan yang diproses. Jadi menyediakan makanan sihat untuk keluarga akan membuat anda juga kurus.

Pemakaian yang selesa, pakaian dan kasut yang fleksibel
Semakin mudah pakaian anda untuk bergerak dan kasut anda untuk berjalan, lebih banyak anda membakar kalori tanpa gigih berusaha.

Makan bila perlu
Orang kurus tidak akan berlapar sehingga mereka tidak dapat bertahan. Mereka makan apa sahaja yang mereka boleh dan hanya makan apabila perlu sahaja.

Jangan makan semua makanan dalam pinggan anda
Pernah melihat rakan anda yang kurus makan malam? Kemungkinan dia tidak akan menghabiskannya, walaupun apabila tibanya pencuci mulut.

Perlu bijak memilih
Orang kurus tidak menyekat keinginan diri mereka, tetapi mereka tidak mengikut hawa nafsu. Lain kali, jika anda ingin menikmati  kentang goreng atau makanan segera, pesan makan dengan saiz hidangan kanak-kanak dan nikmatilah tanpa rasa bersalah.

 

Pertukaran bijak

-Tukar 2 sudu ais krim untuk 2 sudu gelato berasaskan buah-buahan.
=Jimat 374kj

-Tukar susu penuh lemak latte yang besar kepada yang kecil.
=Jimat 423kj

-Tukar susu tanpa lemak dan anda akan
=Jimat 220kj

-Tukar gula-gula campuran (40g) untuk 2 keping coklat gelap
=Jimat 148kj

-Tukar semangkuk salad Caesar untuk salad asli tanpa menggunakan minyak
=Jimat 3,000kj

-Tukar keropok beras (25g) untuk jagung multigrain nipis (3 keping)
=Jimat 123kj

-Tukar cip kentang (50g) untuk popcorn biasa (2 cawan)
=Jimat 862kj