Saat mata melihat wajahnya yang cantik dan tubuhnya yang tinggi lampai, hati ini diterpa rasa cemburu. Masakan tidak, gadis kelahiran Singapura ini cukup mudah memikat rasa dengan sikap yang sederhana, sopan dan senyumannya yang dipamer penuh ikhlas. Tampil polos tanpa solekan menyerlahkan paras sebenar Aisyah Aziz. Mendekati gadis muka hadapan kali ini, Aisyah Aziz berkongsi rahsia cergas, sihat, dan cantiknya.

 

SEKSOLOGI&REPRODUKTIF: Penting! Jaga Kesihatan Vaginamu

Penting untuk anda sebagai wanita menjaga vaginamu. Bagaimana caranya? Ikuti artikel seksologi kali ini untuk mengetaui tip penjagaan vagina terbaik.

 

SIHAT SEMULAJADI: 10 Jalan Menuju Hidup Sihat

Haaa.. Tak susah untuk hidup sihat. Ketahui 10 rahsia mudah untuk jadi manusia sihat dan sentiasa positif.

 

TIP KECANTIKAN: 5 Jenis Berus Hasilkan Solekan Tercantik

Mahu tahu rahsia solekan terbaik dengan lima jenis berus berbeza? Artikel Tip Kecantikan ini ada jawapannya.

 

CABARAN LANGSING: Ayuh Ikut Rentak Muzik, Menari Untuk Tubuh Mantap

Rasa bosan atau kurang gemarkan senaman di gymnasium? Apa lagi, kekal aktif dengan menari. Pelajari langkah demi langkah rentak tari untuk tubuh kekal mantap.

 

Antara artikel lain yang ada dimuatkan di dalam majalah RAPI edisi 01 Disember 2014 adalah Bercuti Pun Boleh Langsing, Menu Untuk Pesakit Kanser, Bad Mood? Anda Mesti Makan Ini!, Nikmati Apa Yang Anda Suka & Kekal Langsing serta banyak lagi. Jom, dapatkan RAPI sekarang!

 

 

Jom ‘Follow’ media sosial kami di :

Facebook : www.facebook.com/RAPI-Magazine

Instagram : @rapi.digital

Twitter : @RapiOnline            

Youtube : Rapi Magazine