Memasuki dunia hiburan ketika berusia 16 tahun membuka peluang kepada Cha Cha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail melebarkan sayap di pentas dunia lakonan. Nama Cha Cha melonjak dalam waktu yang cukup sekejap dan ia merupakan satu perkembangan yang positif dalam kerjayanya. Menyedari personaliti  Cha Cha yang kian mendapat perhatian ramai, RAPI mengambil kesempatan mengabadikan wajahnya sebagai penghias kulit majalah.

 

Amalkan senaman Push Up dan tidur yang cukup

RAPI : Walaupun sibuk dengan jadual shooting, anda sentiasa Nampak fit dan bertenaga. Boleh kongsikan tip anda bersama pembaca?

Cha Cha :  Sebenarnya saya tiada rahsia tertentu untuk kekal fit dan bertenaga. Namun rutin saya setiap kali bangun tidur, saya akan melakukan sedikit senaman mudah sekurang-kurangnya regangan. Selepas mandi dan membersihkan wajah, saya akan lakukan senaman push up. Ia memang amalan wajib saya.

 

RAPI : Oh! Patutlah anda sentiada Nampak cergas. Selain itu, apakah rutin yang selalu anda amalkan bagi memastikan wajah dan tubuh Nampak segar dan ceria?

Cha Cha: Bagi mengekalkan wajah dan tubuh Nampak lesu, saya akan mendapatkan tidur yang cukup. Walaupun shooting adakalanya tamat pada waktu tengah malam atau awal pagi, saya akan pastikan mendapat tidur yang cukup. Jika tidak cukup tidur, sudah tentulah wajah Nampak lesu dan tidak bermaya.

 

RAPI : Pada waktu lapang, apa yang Cha Cha suka lakukan?

Cha Cha : Biasanya jika tiada shooting, saya lebih suka lepak di taman bersama teman-teman. Selain itu, saya suka bermain luncur ais di Sunway Pyramid. Ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi sebagai satu senaman yang bagus untuk tubuh dan minda. Kadang-kadang saya akan mengayuh basikal dan berenang. Satu lagi sukan yang menjadi kegemaran saya ialah sukan ATV. Memang seronok. Hilang segala ketegangan setiap menaiki ATV. Tak percaya? Cubalah! Anda pasti akan ketagih untuk mencubanya lagi.

 

RAPI : Adakah anda gemar bermain futsal? Jika dilihat daripada apa yang anda ceritakan, anda seornag yang aktif.

Cha Cha : Kalau boleh, semua jenis sukan saya nak cuba. Cuma kekakangannya adlaah dari segi masa. Saya pernah bermain futsal tetapi sekarang saya sangat sibuk dengan jadual shooting. Hampir setiap hari saya berada di lokasi penggambaran. Jadi saya hanya lakukan aktiviti mana yang sempat sajalah. Namun, yang pasti, saya suka tengok rakan –rakan bermain futsal. Tak dapat main, dapat tengok pun sudah memadai.

 

Kawal Berat Badan Dan Pemakanan

RAPI : Adakah anda pernah mengalami masalah berat badan? Jika pernah, bagaimana anda menanganinya?

Cha Cha : Berat badan saya senang turun dan naik. Saya akui saya kawal apa yang saya makan. saya banyak makan roti dan bijirin.

RAPI : Berapakah berat badan maksimum yang pernah anda capai?

Cha Cha : Setakat ini berat tertinggi saya ialah 54 kg. Oh! Ia memang membuatkan saya stres. Apa bila saya menyedari berat badan saya meningkat, saya akan kurangkan makan dan cuba erdiet. Selain itu, saya akan kerap bersenam di gymnasium selain berjoging.

RAPI : Dari segi amalan pemakanan pula bagaimana? Adakah anda mengelakkan makanan-makanan tertentu untuk mengawal berat badan?

 

Cha Cha : Selalunya saya elakkan makan nasi terutama ketika waktu makan tengahari. Ia bagi mengelakkan tubuh saya menjadi lemah terutama jika berada di lokasi penggambaran. Sebagai ganti saya akan makan roti sahaja dan minum air kosong. Roti dan bijirin memang sentiasa ada dengan saya terutama di dalam kereta. Jika terlalu sibuk, saya akan makan di dalam kereta sahaja. Di samping itu, saya juga elak makan makanan segera kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Kalau makan pun sekali sekala sahaja jika teringin.

 

MENARIK BULAN INI!

Rapi isu 15 Februari pastinya tidak akan menghampakan anda yang menantikannya. Penuh dengan informasi tekini berkaitan kesihatan dan kecantikan. Isu kali ini memaparkan 6 cara bijak untuk redakan amarah, 5 khasiat bijirin bantu anda kurus, 9 tip magis rahsia kulit lembab, 30 tip paling dipercayai dan ketahui lebih lagi kisah kecantikan Cha Cha Maembong. Ingat, kekal sihat dan cantik dengan RAPI!