Drifting. Bukan calang-calang orang meminati sukan ekstrem ini, apa lagi jika sosok itu seorang gadis. Jika berpeluang mencubanya pun, ramai yang akan memejam mata dan memegang sesuatu sekuat mungkin. Tetapi tidak bagi pelakon muda, Miera Liyana. Pmanduan laju sukan drift banyak mengajarnya beberapa pekara terutamanya untuk kekal fokus.

 

RAPI :  Sejak bila berjinak-jinak dengan sukan drifting?

MIERA : Sejak setahun yang lalu. Saya memang minat dan kebetulan dipilih sebagai duta M7 Pro oil, jadi saya berpeluang untuk mengenali sukan ini dengan lebih mendalam.

 

RAPI : Macam mana belajar memandu drifting?

MIERA : Saya menjalani latihan bersama Johan, dia juga seorang pelumba drift. Saya diajar tentang keselamatan dan juga kemahiran asas yang perlu tahu.

 

RAPI : Tidak takutkah memandu dengan kelajuan tinggi?

MIERA : Saya sukakan kelajuan. Sukan ini menuntut kita melakukan tiga benda dalam satu masa iaitu mengawal stereng, memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Jadi kesemua ini mengajar saya untuk fokus.

 

RAPI : Berapa kerap melakukan sukan ini dan di mana biasanya?

MIERA : Tidaklah terlalu kerap memandangkan saya sibuk menjalani penggambaran. Hendak mahir sepatutnya kena rajin berlatih. Jika tidak sibuk, saya akan melakukannya sekali dalam seminggu di litar Shah Alam.

 

RAPI : Apa yang membuatkan Miera tertarik dengan sukan drifting?

MIERA : Sukan ini sama seperti seni. Ia umpama menari. Perlu ke kanan, ke kiri dan berpusing. Lagi cantik pusingannya, lagi cantik dilihat.

 

MENARIK BULAN INI

 

Banyak lagi perkara yang dikongsikan Miera bersama pembaca RAPI, jika anda ingin tahu mengenai cara Miera menjaga kesihatan dan kecantikkannya, jangan lupa dapatkan Majalah RAPI edisi 15 Februari 2014 di pasaran kini. Beberapa lagi tip menarik lain seperti enam langkah mudah mendapatkan tubuh mantap dan tahan lasak, rawatan terbaik atasi empat cela kulit, sembilan langkah mencegah migrain, ketahui tiga petanda hamil luar rahim dan banyak lagi. Kekal sihat dan cantik dengan Majalah RAPI!