Dalam kesibukkan mengharungi kehidupan harian, Diana sentiasa tampak ceria. Lalu bagaimana agaknya ibu muda ini mengawal stress ketika berhadapan dengan masalah? Apakah rahsianya? Jom kita selongkar rahsia Diana Rafar.

 

Memasak  ‘usir’ stress

 

Rapi: Hai Diana, anda sentiasa kelihatan ceria. Apakah rahsianya?

Diana Rafar: Untuk kelihatan ceria, saya sering berfikir positif. Bagi saya, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Usah keterlaluan memikirkan sesuatu masalah kelak ia akan mengganggu fikiran. Sungguh pun saya punya anak yang masih kecil, ia bukanlah alas an untuk saya berada dalam keadaan tertekan terutama melayan karenah anak yang berbagai ragam. Saya selalu mengingatkan diri bahawa jeceriaan akan membuatkan hidup kita menjadi lebih bermakna.

 

Rapi: Apakah aktiviti yang anda lakukan sebagai terapi?

Diana Rafar: Selalunya bila rasa tertekan, saya lebih suka memasak. Ianya benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah stres. Saya lebih suka memasak lauk pauk berbanding masakan moden. Namun sekali sekala saya akan cuba resepi baru untuk menambah kemahiran memasak.

 

Antara makanan yang sering saya sediakan ialah lauk pauk kampong seperti sotong masak hitam, asam pedas, masak lemak cili padi, dan udang sambal. Saya gemar memasak sendiri di rumah berbanding makanan di luar. Suami selalu meminta saya sediakan masakan berasaskan ikan. Saya pula suka masakan yang pedas-pedas. Bagi saya setiap kali selesai memasak, saya akan rasa puas. Bila suami habiskan makananyang saya masak, saya jadi lebih bersemangat untuk memasak.

 

Rapi: Selain memasak, apakah aktiviti lain yang sering anda lakukan tiap kali waktu senggang?

Diana Rafar:  Saya gemar membawa Kashfi Haikal yang kini berusia tiga tahun berenang di kawasan tempat tinggal saya. Aktiviti ini juga merupakan salah satu cara untuk saya menenangkan fikiran selain menambah kekuatan stamina. Bila melihat gelagat si kecil, secara automatic kita akan tersenyum. Jadi, hilanglah segala masalah yang dihadapi.

 

Ha, kalau anda nak tahu, yang sebenarnya banyak lagi temubual kami bersama Diana Rafar dan info-info menarik hanya di dalam majalah RAPI isu 15 November 2013! Ketahui 5 tip untuk jimat, 7 diet ‘melampau’ artis barat, teknik terbaru ‘Aqua Zumba’, tip pemilihan bra yang tepat serta banyak lagi! Semuanya kini di pasaran sekarang…