Lakonannya bersahaja di dalam drama bersiri 'Playboy Itu Suami Aku' sebagai Afina, membuatkan penulis teringin mendekati gadis ini. Apabila bertemu, orangnya manis dan mudah tersenyum. Nur Risteena Munim atau mesra disapa sebagai Ris, berkongsi rahsianya kekal fit, sihat, dan cantik walaupun sibuk bekerja. Ayuh, kenali penghias muka hadapan RAPI isu ini!

 

TIP KECANTIKAN: 10 Tip Sapuan Maskara Sempurna

Bukan semua orang tahu bagaimana untuk mengoles maskara dengan betul. Ia mudah bergumpal dan menyebabkan solekan mata tidak menarik. Untuk memastikan sapuan maskara kemas, pastikan adan tahu jenis maskara bagaimana yang anda inginkan. Jangan hanya kerana maskara, rosak solekan anda. RAPI senaraikan 10 panduan utnuk sapuan maskara sempurna. Ayuh cuba! -m/s 30

 

TIP FESYEN: Palazo Cantik & Sopan

Fesyen Palazzo atau 'seluar berkaki lebar' tidak pernah lapuk ditelan zaman. Walaupun mula popular sekitar tahun 30-an dan 60-an, gaya ini masih mendapat tempatdi hati wanita yang gemarkan ciri-ciri feminin dan sopan. Bagi anda yang kreatif, gaya ini boleh dipelbagaikan jika anda bijak menyuaipadan top dan palazzo pilihan. -m/s 44

 

LELAKI SIHAT: Fahami Kemurungan Di Kalangan Lelaki

Sebagai lelaki, mereka percaya bahawa mereka perlu kuat dan bijak mengawal emosi pada setiap masa. Apabila mereka berasa putus asa dan tidak berdaya, mereka cenderung untuk menafikan atau menutupinya dengan berkelakuan secara melulu. Kadang-kadang, mereka melepaskannya dengan kemarahan. Tetapi tahukah anda, kemurungan pada lelaki adalah keadaan yang biasa? -m/s 72

 

Antara kandungan menarik yang lain adalah Menu 7 Hari Kawal Gula Dalam Darah, Kontrasepsi Kekalkan Sistem Reproduktif Sihat, 7 Gerakan Miliki Tubuh Idaman, Buah Untuk Langsing Anda Pasti Sukakannya, Kanser Tiroid Jejas Kesuburan Wanita Muda, Jom Semak 30 Makanan Kegemaran Kurang Dari 500 Kalori dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah RAPI edisi Mei 2014!