Sakit gigi merupakan sakit yang mempunyai skala dari biasa-biasa sehinggalah berdenyut-denyut sakit sampai ke rahang. Punca utama sakit gigi antaranya adalah kaviti, jangkitan, akar gigi terdedah, gigi retak, sakit gusi dan banyak lagi.

 

Jika anda sakit gigi, anda mesti berjumpa dengan doktor gigi dengan segera sebelum sakit itu bertambah teruk. Tetapi, sementara anda belum dapat lagi berjumpa doktor beberapa rawatan ekspres ini boleh digunakan.

 

1. Bunga cengkih

 

clove

 

Orang tua dulu-dulu memang suka kunyah bunga ini untuk menyegarkan mulut dan tak tersangka pula ia juga berkesan sebagai ubat 'bius' untuk hilangkan sakit. Ini kerana herba ini memiliki kompaun eugenol yang mana ia merupakan pelali natural.

 

Kulum sebiji atau dua (ikut keselesaan dan tahap kesakitan anda) sehingga rasa sakit anda hilang atau berkurangan.

 

2. Bawang

 

onion

 

Bawang memiliki properti antiseptik dan juga antimikrob yang boleh mengawal sakit gigi. Ia memberi kelegaan dari kesakitan dengan membunuh kuman penyebab infeksi. Jika anda mula rasa sakit gigi, kunyah bawang mentah selama beberapa minit untuk mengurangkan kesakitan.

 

Kalau tak mampu nak kunyah, ambil sedikit cebisan bawang dan letakkan pada gigi rosak atau gusi yang sakit tersebut.

 

3. Air garam

 

salt water

 

Ambil satu sudu kecil garam dan larutkan ke dalam satu cawan air panas untuk membuat mouthwash yang membunuh kesakitan. Ia boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang menjengkelkan serta membantu mengurangkan bengkak.

 

Kumur selama 30 saat sebelum diludah keluar. Air garam membersih kawasan di sekitar gigi dan juga menarik keluar cecair penyebab bengkak.

 

4. Garam dan lada hitam

 

salt and pepper

 

Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini mempunyai properti antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur 1:1 garam dan lada hitam dengan beberapa titik air untuk menjadi pes.

 

Letakkan pes ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Buat ini setiap hari dalam masa beberapa hari.

 

5. Teh

 

tea

 

Teh hitam yang pekat memiliki tanin astringen yang membantu hilangkan sakit dengan mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan dengan berkumur.

 

Anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam dan tuamkan pada gigi yang sakit itu untuk kelegaan sementara.