Akhir sudah lembaran 2013 dan kini tiba masanya untuk menyambut kedatangan tahun baru yang pasti akan dipenuhi dengan pelbagai coretan akan datang 2014. Ada yang berazam untuk kurus, ada juga yang ingin mengubah penampilan agar tampil lebih cantik dan bermacam-macam azam lagi lah. Apa yang pasti, RAPI akan terus bersama anda membawa pelbagai tip berguna agar anda kekal sihat dan cantik menjelang arena 2014 ini. Jom aktif dan sihat bersama RAPI!

 

Setiap keluaran RAPI pasti tidak pernah mengecewakan anda kerana tip yang terkandung di dalamnya terkandung pelbagai ilmu untuk membantu pembaca semua menjadi lebih cegas, sihat  serta aktif dan itulah definisi cantik bagi kami.

 

RAPI edisi 1 Januari 2014 menampilkan selebriti kesayangan ramai, Zara Zya yang mengukir nama melalui drama ‘Love You Mr Arrogant’sebagai penghias kulit yang pertama. Banyak input berguna serta rahsia cantik Zara dikongsikan dalam keluaran RAPI kali ini. Ketahui juga empat pelan lengkap untuk memiliki tubuh langsing, pejal & mantap dengan kadar yang segera.

 

Bukan itu sahaja, kami turut berkongsi rahsia 24 jam yang lebih sihat, 15 tip fesyen ‘evergreen’perlu dicuba, DIY solekkan untuk melindungi wajah kusam dan selidik kesan awal kanser tulang di mana ia mampu memberi potensi untuk sembuh sebanyak 75 peratus! Banyak dan banyak lagi info berguna untuk ‘Rapilicious’ semua! Teruskan menyokong kami dan dapatkan RAPI 1 Januari 2014 di pasaran sekarang!- RAPI