Pelakon yang semakin mengukir nama di persada seni tanah air ini memang cergas dan lincah orangnya. Walaupun kurang sihat ketika sesi fotografi berlangsung, dia tetap dia. Kelincahan dan gelak tawanya menutup segala kesakitan yang ditanggung. Itulah dia Ros Ramona Qadira Mohd Roslan@ Zamzam atau lebih dikenali sebagai Ramona Zamzam, 23 tahun.

 

Pasti Ramona ada jawapan sendiri bagaimana cara dia memastikan diri tetap cergas dalam apa jua keadaan. Jom kita bongkar!

 

Gila Workout

 

RAPI:  Hai Ramona, anda sentiasa kelihatan ceria, cergas dan bertenaga. Boleh kongsikan dengan kami apakah rahsianya?

 

RAMONA :  Sejak dahulu hingga kini saya memang seorang sangat aktif dan cergas. Untuk pengetahuan anda, saya seorang kaki gim! Bukan itu sahaja, aktiviti seperti berbasikal, joging dan badminton juga merupakan aktiviti kegemaran saya. Oh ya, ketika bersekolah dahulu saya pernah menjadi wakil sekolah dalam acara badminton, renang, lontar peluru dan banyak lagi!

 

 

RAPI:  Tidak hairanlah anda sentiasa tampil cergas! Sejak bila anda mula ke gim?

 

RAMONA:  Saya mula ke gim sudah hampir setahun. Namun begitu, aktiviti kecergasan yang lain masih saya lakukan. Sejak saya mula melibatkan diri dengan gim, saya dapat merasakan perubahan pada diri dan ia memang cukup mengujakan! Saya ke gim lima kali seminggu dan bermandi peluh satu ke dua jam. Walaupun sibuk saya tetap cuba mencuri masa kerana saya merasa sangat rugi jika tidak melakukannya.

 

 

Fokus Pada Weight Training

 

RAPI :  Apa yang menjadi kewajipan anda apabila berada di gym?

 

RAMONA :  Tentulah weight training! Kebiasaannya saya akan berlari dahulu untuk mengeluarkan peluh, cycling dalam masa 10 minit dan baru mula angkat berat. Saya fokuskan pada bahagian tangan, kaki, belakang, perut dan punggung. Saya tidak menggunakan khidmat jurulatih peribadi kerana sudah belajar dan mahir melakukannya sendiri. Saya Cuma memperuntukkan kira-kira dua jam untuk melakukannya dan jika lebih, saya pasti pengsan!

 

Lebih temubual RAPI bersama Ramona di dalam isu keluaran 15 Januari 2014 yang sudah pun berada di pasaran sekarang! Dapatkan sebelum ia habis!

 

Menarik Bulan Ini!

 

Kenapa keluaran kali ini wajib anda dapatkan? Jangan menyesal kerana RAPI terus menyajikan pelbagai ilmu bermanfaat dan menyeronokkan mengenai hal kesihatan juga kecantikkan buat anda semua. Dapatkan 10 tip solekkan segar hanya dalam masa tiga minit! Ketahui lapan trik tubuh langsing, pejal dan mantap, 13 tip untuk wanita sibuk, persediaan untuk gym workout yang anda perlu tahu, 15 tip paling berkesan bakar lemak tahap maksimum dan banyak lagi! RAPI kini di pasaran! Dapatkannya sekarang!