Sekali pandang, wajah pelakon Amyra Rosli persis pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang cukup popular menerusi telenovela 'Bawang Merah Bawang Putih' sutu ketika dahulu. Menerusi drama rantaian 'Ku Cinta kau Seorang', Amyra yang mesra disapa Myra ini berjaya membuktikan bahawa dia mampu berdikari tanpa 'menumpang' populariti orang lain. Sedar tentang kehadirannya yang semakin mendapat perhatian, RAPI mengambil kesempatan mengabadikan wajah gadis genit ini sebagai penghias kulit majalah. -m/s 10

 

INFO RAMBUT: Stail Ringkas Trend 2014

Satu ketika dulu orang begitu teruja mencuba pelbagai stail rambut walaupun ada kalanya terlalu berani. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, stail rambut menjadi sesuatu yang lebih ringkas dna mudah diurus. Paling menyeronokkan, tiada lagi masa berjam-jam utnuk menyiapkannya. Bagi yang mahukan sesuatu yang ringkas tetapi masih mengikut trend, ini antara stail 2014 yang boleh dipertimbangkan. - m/s 38

 

TIP FESYEN: Tiada Idea? Mix & Match Sahaja!

Ketika bergaya, anda perlu bijak menyuai padan apa yang anda mahu sarungkan pada badan. Apatah lagi jika anda perlu menghadiri banyak acara yang dianjurkan syarikat mahupun sahabat handai. Lebih buntu lagi apabila anda sudah lama tidak membeli pakaian baru dan yang tinggal hanyalah koleksi lama. Mahukan tip-tip dari RAPI bagi melengkapkan gaya anda? Ayuh, RAPI berikan lima panduan untuk anda! - m/s 44

 

KAUNSELING GAYA: Tie Dye Cantik Untuk Semua Saiz

Fesyen tie dye semakin digemari hari ini. Ia sudah diperluaskan sehingga sudah banyak abju,mseluar, selendang, bahkan beg yang melalui proses ikat celup ini. Warna-warna yang cantik serta corak unik yang terbentuk membuatkan penggemar fesyen tidak mahu ketinggalan  memilikinya dalam koleksi.  Untuk ruangan Kaunseling Gaya kali ini, ayuh lihat bagaimana trend tie dye dapat digayakan oleh tiga bentuk tubuh yang berbeza. Siapa kata fesyen itu terhad? Semua orang boleh bergaya! - m/s 46

 

SEKSOLOGI & REPRODUKTIF: 5+6 Rahsia Kekalkan Payudara Montok

Payudara yang tidka dijaga dengan rapi dan sempurna boleh memberikan kesan yang tidak diingini seperti masalah kekenduran payudara, penyusutan kelenjar susu, kurang keanjalan, strech mark dan lain-lain. Namu, tidak dinafikan ramai wanita yang sering mengabaikan malah agak kurang arif perihal penjagaan payudara. - m/s 60

 

MENARIK BULAN INI

Antara kandungan menarik adalah Take 5! Segarkan tubuh & minda, Bahaya hipertensi wanita muda tidak terkecuali, 8+2 cara mudah untuk kurus, Tubuh seksi & Bugar 10 latihan kegemaran selebriti dunia, 9 gerakan mudah kekalkan perut rata, mantap & menawan, Elak godaan hujung minggu - tip diet 48 jam, Tie Dye cantik untuk semua saiz dan banyak lagi.  Jangan ketinggalan untuk memenangi 15 baucar minum petang di Maya Brasserie, Hotel Maya Kuala Lumpur dan ikuti peraduan terkumpul Biosilk/Rapi Siri 1. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah RAPI keluaran 1 April 2014!