Memilih selebriti yang sedang berbadan dua sebagai penghias muka hadapan adalah sesuatu yang jarang berlaku, tetapi mengapa tidak? Mereka juga perlu menjaga, mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang dimiliki. Kali ini, Scha Alyahya telah berkolaborasi bersama RAPI bagi menjayakan muka hadapan istimewa ini.

 

TIP KECANTIKAN: Solekan Di Pejabat, 12 Warna Terbaik

Janganlah berlebihan kalau sekadar mahu ke pejabat. Bersolek itu perlu, tetapi janganlah keterlaluan dengan solekan tebal yang tidak sesuai untuk ke pejabat.

 

RAMBUT BERGAYA: Rawatan Argan Atasi rambut Kering & Rosak

Rawatan argan sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah rambut kering dan rosak. Sesuai dengan tumbuhan argan itu sendiri, ia mampu hidup dalam cuaca kemarau mahupun kontang dalam jangka masa yang lama namun ia amat sukar dibiakkan. Rawatan ini bukan sahaja memulihkan rambut kering dan rosak malah sesuai untuk anda yang baru saja mewarnakan rambut.

 

TIP FESYEN: 7 Helah Fesyen Tampil Lebih Langsing

Memang menjadi idaman setiap wanita untuk tampil langsing dalam setiap persalinan yang digayakan terutamanya bagi mereka yang memiliki badan sedikit berisi. Sebenarnya ia boleh menjadi realiti jika anda bijak dan lebih kreatif mengenakan busana kegemaran anda.

 

SEKSOLOGI & REPRODUKTIF: Perut Kembung Hormon Wanita Jadi Punca

Sebelum datang haid, setiap wanita mempunyai simptom tersendiri. Salah satunya ialah perut kembung. Keadaaan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan ada kalanya rasa sesak. Sebenarnya perkara ini adalah biasa malah ia akan hilang secara perlahan-lahan.

 

Antara topik lain yang terdapat di dalam majalah RAPI edisi 1 Jun 2014 adalah Serlah tubuh pejal: latihan 30 minit + 3 kali seminggu, Hiperhidrosis boleh rawat, Tip mudah 10+6 langsing tanpa diet & ubat, 7 helah fesyen tampil lebih langsing, Menu diet rendah kolesterol, 10 rahsia kurus yang wanita tidka tahu dan banyak lagi. Jangan lupa rebut 20 baucar berbuka puasa sinar Ramadan SACC & Rapi!