Bercuti bukan sahaja bertujuan untuk berseronok. Ia juga merupakan waktu terbaik untuk merehatkan minda, hilangkan stress dan menyihatkan badan. Jadi, janganlah abaikan kesihatan anda semasa bercuti.

 

Jika anda seorang yang biasa bersenam, teruskan senaman anda semasa bercuti tetapi sesuaikan dengan keadaan dan masa yang anda ada. Jika anda sememangnya ada bahagikan sedikit masa untuk bersenam, ia lebih baik. Mari Rapi berikan beberapa cara untuk kekalkan rutin sihat semasa bercuti.

 

1. Kekal bergerak

Menurut pakar, terlalu lama duduk boleh menjejaskan kesihatan anda. Jika anda dalam penerbangan yang lama, pastikan anda bangun dan berjalan selama lima minit setiap satu jam.

 

Apabila anda di tempat percutian, lakukan sedikit regangan atau aktiviti ringan di sekitar bilik hotel atau kawasan yang sesuai untuk mengurangkan risiko penyakit diabetes dan sakit jantung.

 

AirAsia Free Seats

 

2. Buat perancangan yang baik dan kekal hidrat

Masa bercuti boleh merosakkan rutin diet dan senaman anda. Jadi, pastikan anda mempunyai rancangan yang baik untuk menghadapinya.

 

a. Teliti makanan yang anda ambil dan tahap aktiviti harian anda sepanjang bercuti

Ini membolehkan anda memerhatikan nilai kalori yang anda ambil. Jika tiada pilihan makanan lain, anda boleh kecilkan portion yang anda makan atau lakukan perubahan bersesuaian.

 

b. Kekal hidrat

Otak kita selalu confuse di antara lapar dan dahaga. Jika anda merasa lapar, cuba minum segelas air masak sebelum makan. Cara ini boleh mengurangkan jumlah makanan yang anda ambil.

 

3. Bersenam awal pagi dan tidur dengan cukup

Sewaktu bercuti, ambil sedikit masa pada waktu awal pagi untuk bersenam sedikit sebelum aktiviti percutian anda bermula. Sebaiknya selepas Subuh, jangan tidur semula! Bersenam sedikit.

 

Pada waktu malam, cuba untuk tidur secukupnya. Tidak perlulah untuk menikmati 'night life' di tempat percutian anda. Nikmatilah ia pada waktu siang secukupnya.

 

4. Sediakan payung sebelum hujan

Kadangkala rancangan terbaik tidak boleh melawan situasi tidak dijangka. Pastikan anda ada bekal makanan yang sihat (yang tidak memerlukan peti ais dan sedia untuk dimakan begitu sahaja) dalam beg anda.

 

Ini untuk mengelakkan anda terpaksa makan makanan yang diproses dan makanan segera sahaja sepanjang bercuti.

 

AirAsia Free Seats

 

5. Jadi lebih kreatif dan sentiasa positif

Mentaliti ini, 'Lantaklah! Bukan selalu bercuti.' hanya akan merosakkan usaha diet dan senaman anda sepanjang tahun. Jangan benarkan ini berlaku!

 

Cuba cari idea senaman yang kreatif yang mudah untuk disesuaikan di mana sahaja dan ajak sekali ahli keluarga anda yang lain. Ia pasti akan menjadi lebih seronok dan menggembirakan.