Isi masa terluang hujung minggu ini dengan pelbagai aktiviti menarik Hijabi Flea Market. Lebih 60 buah gerai menjual pelbagai barangan dibuka untuk anda semua. Menarik lagi, anda juga berpeluang untuk menjadi model! Wow, ‘best’ ni!

 

Tiada sebab untuk anda tidak hadir ke Hijabi Flea Market bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.  Buat julung-julung kalinya majalah Nur, Dara.com dan Hijabista akan bergabung dalam satu acara Hijabi Flea Market. Apa yang menariknya, anda boleh mendapatkan pelbagai busana, hijab, aksesori, biskut raya, kek cawan, pre-loved item dari blogger hijabi terkenal dan macam-macam lagi.


Jom kita membeli-belah sempena Ramadan yang bakal menjelang ini. Diskaun hebat sehingga 70%. Sesuai juga untuk anda yang berminat untuk menjadi model untuk majalah Hijabista, Nur ataupun Dara.com, inilah peluang keemasan anda!

 

Ini kerana kami akan mengadakan Hijabi Casting Session dan apa yang perlu anda lakukan adalah tunjukkan resit pembelian dari majah Hijabista, Nur, dan Dara.com sebagai bukti penyertaan. Pembelian ketiga-tiga majalah ini hanya di Outlet Karangkraf Mall, Shah Alam Seksyen 15 sahaja bermula 30, 31 Mei dan 1 Jun 2014 ini. 

 

Inilah masa untuk tonjolkan bakat terpendam. Jom beramai-ramai kita serbu Hijabi Flea Market! Jumpa di sana!