Satu demi satu drama lakonannya mendapat perhatian ramai. Antara lakonan Emma Maembong yang cukup menyerlah adalah dalam drama adaptasi novel romantik 'Projek Memikat Suami'. Bakatnya yang bersinar bak bintang di langit membautkan RAPI terpanggil untuk mengabadikan gadis berwajah pan-Asian ini sekali lagi sebagai gadis penghias kulit.

 

FAIL KECANTIKAN: Keajaiban Kolagen Protein Semulajadi Untuk Kulit Kekal Muda

Fungsi kolagen dalam bidang kecantikan memang tiada tandingannya. Ia bukan saja membantu mengurang dan melambatkan kedutan malah memastikan kulit kekal segar dan anjal.

 

RAMBUT BERGAYA: Semanis Kelopak Bunga

Sanggul merupakan salah satu cara untuk mengemaskan rambut anda daripada dibiarkan panjang atau diikat ponytail sahaja. Untuk memberikan sedikit kelainan pada sanggul, apa kata berikan sedikit sentuhan tambahan supaya ia kelihatan lebih menarik berbanding sanggul biasa.

 

TIP FESYEN: Sehelai Skaf Pelbagai Gaya

Sekelip mata, sehelai kain mampu memberikan anda perubahan memukau dan tampil lebih unik. Lilitan skaf pada kepala, leher atau pinggang ternyata mampu memberikan nafas baru utnuk penampilan walaupun yang tersarung pada badan merupakan koleksi pakaian lama.

 

KAUNSELING GAYA: 3 Idea Tubuh Rendah Tampak Tinggi

Bertubuh rendah? Banyak fesyen yang boleh anda gayakan untuk memberi ilusi tinggi pada tubuh anda. Dengan hanya mengenakan busana yang tepat, ketinggian anda boleh ditambah secara automatik!

 

FOKUS SIHAT: Berhenti Merokok Untuk Tampil Lebih Cantik

Jika anda merokok, anda patut berhenti segera. Tahukah anda bahawa merokok bukan hanya mendedahkan diri anda kepada penyakit berbahaya tetapi juga boleh menjejaskan penampilan diri sebagai wanita.

 

SIHAT SEMULAJADI: Mahu Rawat Tekanan? Lakukan 6 Hobi Ini

Mahu hilangkan stres? Lakukanlah hobi. Stres sememangnya mengganggu ketenangan hidup. Ia bukan saja menghilangkan tumpuan bahkan 'mencuri' tenaga positif yang ada di dalam diri.

 

Antara kandungan lain yang terdapat di dalam majalah Rapi keluaran 15 Jun 2014 ini adalah Makan untuk langsing, Bakar lemak dengan makanan, Serlahkan tubuh dan otot pejal: 8 gerakan penting selepas berenang, 8 idea kreatif sayur lebih enak dan sihat, Fahami perkembangan reproduktif wanita, Renang bakar 700 kalori, 4+5 panduan bina gimnasium sendiri dan banyak lagi!