Menonton lakonan Ika Nabella sebagai Anisah menerusi drama bersiri ‘Seindah Sabarmu’, membuatkan penulis terpanggil untuk menjadikannya sebagai penghias kulit depan kali ini. Lebih mesra dipanggil Ika, orangnya kecil molek dan sopan sekali. Memilih konsep hiking untuk sesi fotografi, ayuh kenali gadis manis ini dengan lebih dekat. RAPI kini menyingkap rahsia Ika kekal fit, sihat, dan cantik dalam kesibukkannya berlakon.

 

RAPI :  Hai Ika! Dengarnya anda suka melakukan aktiviti hiking?

Ika : Ya, saya suka melakukan aktiviti lasak begitu. Bahkan sejak sekolah lagi, saya selalu memanjat bukit atau gunung. Sekarang ini asalkan ada masa lapang, saya akan melakukannya. Saya suka hiking kerana pada saya ia santai dan tidak terlalu memaksa kita untuk mengasak tubuh  mengeluarkan peluh.

 

RAPI: Mengapa anda memilih hiking dan apakah aktiviti kecergasan lain yang anda lakukan?

Ika : Saya menggemari hiking kerana ia menggalakkan badan berpeluh. Selain hiking, saya akan berjoging atau berenang bila berkelapangan. Selalunya saya akan berjoging di kawasan rumah selama 30 minit. Tempoh itu sudah cukup untuk membuatkan saya berpeluh! Bagi memulakan hari dengan bertenaga, saya akan pastikan membuat push up setiap kali bangun tidur. Ia berkesan untuk membuatkan tubuh lebih segar.

 

RAPI : Bagaimana pula anda menjaga kesihatan?

Ika : Harus nekad kalau mahu bersenam. Buat seorang diri pun tidak mengapa. Saya tak kisah, janji buat. Untuk kesihatan, saya banyak mengamalkan suplemen. Ia perlu memandangkan saya sibuk bekerja. Badan perlu sihat untuk kita melalui satu hari yang panjang. Jangan ambil mudah.

 

RAPI : Apakah suplemen pilihan anda?

Ika : Saya sudah mengambil vitamin C sejak kecil. Itulah yang ibu bapa saya ajarkan kepada saya dan adik-beradik yang lain. Kemudian saya sertakan dengan suplemen Evening Primeose Oil. Untuk lebih sihat dan kecergasan berpanjangan, saya ambil minyak ikan, minyak kelapa dara, dan beberapa vitamin lain. Semua ini penting kerana persekitaran sekarang sudah tidak sama seperti zaman dahulu, lebih segar dan sihat.

 

Untuk tahu lebih banyak lagi cerita mengenai Ika Nabelaa, jom beli RAPI isu 1 Mac 2014 di pasaran sekarang!

 

MENARIK BULAN INI!

Majalah RAPI terus rancak memberikan anda pelbagai info terkini berkaitan kesihatan dan kecantikan dalam isu kali ini. Sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan tubuh badan yang tegap dan mantap, mari dapatkan tujuh rutin mudah serlahkan tubuh bahagian atas, ketahui juga lima sebab mengapa anda mesti bersenam hari ini, 12 kesalahan bersenam yang perlu anda elakkan, pelan berkesan untuk bakar semua lemak dengan pantas serta banyak lagi. Jangan tunggu lagi, dapatkan RAPI isu 1 Mac 2014 sebelum terlambat!