Bakatnya dalam dunia lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi. Filem dan drama lakonan gadis genit ini sentiasa mendapat perhatian pencinta seni tanahair. Nyata, Intan Ladyana hadir dalam pakej yang cukup lengkap. Bukan sahaja memiliki paras rupa menawan tetapi juga berbakat besar dalam dunia lakonan.

 

Meskipun sering diburu waktu lantaran jadual shooting yang sentiasa padat, Intan punya cara tersendiri untuk menenangkan jiwa dan minda. Memelihara haiwan peliharaan adalah cara mendapatkan ketenangan itu.

 

Suka dengan haiwan

 

RAPI: Apa khabar Intan? Khabarnya anda sedang sibuk dengan ajdual shooting yang tidak pernah putus. Bila masanya Intan dapat merehatkan diri?

INTAN LADYANA: Ya. Saya memang terlalu sibuk. Keluar pagi, balik tengah malam. Kadang-kadang balik awal pagi. Memang penat tetapi itulah realiti kehidupan saya. Pendek kata masa saya banyak dihabiskan di lokasi penggambaran. Bila ada waktu terluang, saya lebih suka berehat si rumah. Lagipun saya rindu dengan arnad yang saya pelihara.

 

RAPI: Oh! Anda ada pelihara arnab rupanya. Tidak sangka pula anda seorang pencinta haiwan.

INTAN LADYANA: Saya sangat sukakan haiwan. Dahulu ketika saya masih di alam persekolahan, saya memelihara hamster. Kemudian saya pelihara kucing selama lebih kurang dua tahun. Tapi dek kerana saya sering sibuk di lokasi penggambaran, kucing saya agak terabai. Jadi, saya ambil keputusan untuk beri kucing saya kepada orang lain untuk dipelihara. Tidak lama kemudian, saya pelihara sugar glider. Itupun tidak lama. Lebih kurang dua minggu sahaja. Dan sekarang saya lebih selesa memelihara arnab sebab arnab lebih mudah penjagaannya.

 

RAPI: Boleh kongsi bersama pembaca RAPI mengapa agaknya anda suka memelihara haiwan peliharaan?

INTAN LADYANA: Bagi saya haiwan peliharaan ini satu terapi. Bila balik dari shooting dan tengok gelagat haiwan peliharaan, rasa terhibur sangat. Hilang segala penat dan stress. Jika ada masalah sekalipun, saya akan banyak luangkan  masa dengan arnab yang saya namakan Mr. Wabbit. Jika berada di rumah dan tiada shooting. Saya suka lepaskan Mr. Wabbit bebas dari sangkarnya. Rasa seronok sangat tengok Mr. Wabbit melompat ke sana sini. Lagipun waktu saya keluar shooting, Mr. Wabbit hanya terkurung di dalam sangkar. Pendek kata, ia merupakan terapi utnuk saya menangkan fikiran di samping ubat melegakan stres.

 

RAPI: Sebelum menutup bicara, apakah pesanan anda buat pembaca RAPI?

INTAN LADYANA: dalam hal soal penjagaan kecantikan, usahlah terlalu berlebihan. Jangan mudah terpengaruh dengan produk-produk baru. Dapatkan maklumat lengkap tentang produk tersebut barulah menggunakannya. Buat mereka yang gemar dengan produk pemutihan kulit perlu lebih berhati-hati. Bimbang iua memudaratkan kulit. bagi saya, tidak semestinya wanita berkulit putih sahaja yang cantik. Wanita berkulit gelap pun cantik juga. Yang penting kulit sentiasa sihat.

 

Menarik bulan ini

 

RAPI isu 1 September membawakan tip berguna seperti bakar hingga 425 kalori di rumah, 9 cara ringkas menurunkan berat badan, 3 helah sorok tubuh berisi, panduan penting penjagaan selepas pembedahan,cara langsing yang diamalkan oleh wanita Jepun dan pelbagai lagi tajuk menarik untuk anda pembaca RAPI. Juga jangan lupa dapatkan lebih banyak info hasil termubual kami bersama Intan Ladyana mengenai kesihatan dan kecantikkan. Jom dapatkan RAPI sekarang!