Feeya Iskandar Langsing Dengan Latihan Beban

Berwajah comel dan ceria, itulah Feeya Iskandar atau nama penuhnya, Nor Syafiza Iskandar Azizan. Feeya juga dikenali sebagai Cik Piah, gelaran yang begitu dekat di hati pendengar stesen radio retro, Sinar FM. Seorang yang petah berkata-kata, ada saja yang ingin dikongsi tentang informasi terkini, cerita sensasi bersama pendengar-pendengarnya. Walaupun bertubuh genit, Feeya melakukan latihan beban untuk kekal cergas. Dapatkan majalah Rapi edisi 1 Oktober 2014 untuk mengetahui lebih tentangnya.

 

FOKUS DIET: Masih Belum Kurus? Atasinya Dengan 9 Cara Ini

Jika tertanya-tanya di mana silapnya diet anda, ikuti artikel ini mengetahui Sembilan cara mudah untuk mengatasi masalah diet gagal.

 

SEKSOLOGI&REPRODUKTIF: Kandungan Anggur Boleh Jadi Kanser

Benarkah makan anggur boleh menyebabkan kanser? Oh, Tidak! Apa kaitan sebenar anggur dan kanser?

 

DIET 7 HARI:Menu Naikkan Kadar Metabolisme

Jika anda mahu tingkatkan kadar metabolisme badan, ikuti tip diet mudah ini.

 

FOKUS SIHAT 2: Kanser Mulut, Cegah Sebelum Parah

Ramai yang memandang remeh soal ini, tetapi sebenarnya kanser mulut merupakan salah satu penyakit yang tidak seharusnya dipandang remeh. Fokus Sihat 2 merungkai lebih banyak tentang penyakit ini.

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah RAPI edisi 01 Oktober 2014 ini adalah Redakan Tekanan Dengan 8 Tip Mudah, Atasi Tubuh Menggeleber Dengan Tripolar Radio Frequency, Bakar Kalori Tubuh Dengan 7 Aktiviti Sihat, dan banyak lagi.