Diana Danielle pelakon dan pengacara yang cukup berbakat, pastinya dicemburui ramai wanita. Apa tidaknya, meskipun sudah bergelar seorang ibu, potongan tubuhnya persis anak dara. Malah bentuk tubuh yang langsing berbanding zaman solonya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah petua dan rahsia yang diamalkan oleh ibu muda ini.

 

TIP KECANTIKAN: 5 Sebab Alat Solek Mesti Dibuang

Produk kosmetik ada tarikh luputnya. Bukan bermakna produk yang anda beli 10 tahun dahulu masih boleh dipakai hari ini walaupun rupanya masih elok. Buang sahaja alat solek anda jika...

 

TIP FESYEN: Fesyen Ke Pejabat, Elakkan 13 Kesalahan Ini

Jika anda gemar memakai pakaian santai ke pejabat, anda perlu mengubah tabiat tersebut. Mengapa? Ia boleh menggugat persepsi masyarakat sekeliling terhadap diri anda. Ketika di pejabat, tidak sepatutnya anda berpakaian tidak mengikut etika. Berikut adalah 14 kesalahan fesyen di pejabat yang mesti anda ketahui.

 

SEKSOLOGI & REPRODUKTIF: Penghidap 'Tombong' Tanggung Derita dalam Diam

Pernahkah anda mendengar kes 'tombong' jatuh atau prolaps di kalangan wanita? Ada juga yang menamakannya sebagai rahim jatuh. Pada asasnya prolaps sangat kerap berlaku di kalangan warga emas.

 

SIHAT SEMULAJADI: 10+4 Rahsia Cipta Kebahagiaan Abadi

Kebahagiaan boleh dicari? Namun, bagaiman anda merasa bahagia? Berjalan bersama suami atau teman, bahagia melihat anak-anak membesar atau sebagainya. Mungkin anda mempunyai cara tersendiri untuk mengecap kebahagiaan.

 

TIP KURUS

Bagi anda yang ingin berdiet tetapi sibuk dengan kerja-kerja harian, jangan jadikan alasan sibuk sebagai halangan untuk berdiet. Keinginan dan usaha untuk mendapatkan bentuk badan menarik haruslah menjadi dorongan untuk anda berdiet. Berikut adalah beberapa tip untuk anda yang 'workaholic' agar diet anda lebih sukses.

 

RENCANA PEMAKANAN: Singkap Khasiat Kacang, Apabila Kacang Berkata-kata...

Sering kita mendengar keluhan dan luahan, kononnya memakan kacang akan menimbulkan jerawat! Itu baru satu, belum lagi masalah lain timbul. Benarkah begitu?

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah Rapi keluaran 1 Julai 2014 adalah Serlahkan kulit cerah dengan rawatan vitamin C, Menu 7 hari sepanjang Ramadan, Segera miliki pinggul & paha idaman, Kawal diet elak kegagalan jantung, 5 rahsia langsing artis K-Pop dan banyak lagi.