Bukan susah untuk nampak cantik sekarang. Tepek sahaja mekap, cantik! Tetapi sebaiknya kalau nak nampak cantik secara semula jadi, pastikan wajah anda bebas cela dan juga berseri.

 

Pemakaian produk penjagaan wajah hanya menjaga wajah dari luaran. Kecantikan sebenar perlu juga bermula dari dalam. Mari lihat lima cara untuk jadi cantik tanpa mekap.

 

1. Tinted mointuriser dengan SPF

 

Gunakan tinted moisturiser berbanding foundation. Ia bukan sahaja melindungi wajah malah ia menyamaratakan warna kulit serta melembapkan wajah. Win-win situation.

 

2. Secawan vitamin C yang panas

 

Minum secawan air panas + lemon. Ia akan memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam badan anda, yang akan membuatkan kulit anda kekal sihat dan bekerja untuk menjadi lebih baik.

 

3. Toner bebas alkohol

 

Toner bebas alkohol yang baik dipakai selepas mencuci wajah akan memberi kesan baik kepada tona kulit dan ia juga akan membuang lapisan sisa mekap pada waktu pagi.

 

4. Skrub wajah dua kali seminggu

 

Gunakan produk dari kedai ataupun DIY sahaja resipi skrub yang anda sukakan. Gosok dengan lembut pada wajah selama 1 minit sebelum dibilas dengan air sejuk dan lap sehingga kering.

 

5. Hands off!

 

Hentikan memegang wajah anda tanpa sebab sepanjang hari! Jangan picit jerawat, whiteheads, atau blackheads. Dan tidak perlulah tarik, usap atau tonyoh wajah anda.