Ramai yang merasakan bahawa apabila berdiet, anda tidak boleh makan dengan cukup atau perlu berlapar. Padahal hakikatnya terdapat peraturan yang betul dalam pengamalan diet di mana anda sama sekali tidak perlu berlapar untuk turun berat badan.

 

Peraturan ini merangkumi lima waktu makan; sarapan, makan tengah hari, makan malam, waktu snek dan treats. Mari Rapi berikan peraturannya secara jelas

 

 

Peraturan untuk sarapan

 

breakfast

 

a. Makan 300 - 400 kalori.

 

b. Masukkan sekurang-kurangnya 10 gram protein, lemak sihat atau fiber.

 

c. Pilih bijirin penuh berbanding makanan yang diproses (ia mengandungi gula halus).

 

 

Peraturan untuk waktu snek

 

snacks

 

a. Makan 100 - 200 kalori di antara waktu makan utama dalam jarak masa tiga jam.

 

b. Masukkan sekurang-kurangnya 4 gram lemak sihat, fiber atau protein untuk mudah kenyang.

 

c. Elakkan makanan diproses sama sekali!

 

 

Peraturan untuk makan tengah hari

 

lunch

 

a. Makan 400 - 500 kalori.

 

b. Pastikan sayuran terdiri daripada 50% jumlah makanan anda.

 

c. Elakkan makanan diproses dan gula.

 

d. Masukkan juga sekurang-kurangnya 5 gram fiber.

 

 

Peraturan untuk makan malam

 

dinner

 

a. Makan 400 - 500 kalori.

 

b. Penuhkan pinggan anda dengan 50% sayuran tanpa kanji, 25% protein tanpa lemak, dan tidak lebih dari 20% bijiran penuh dan kekacang.

 

c. Elakkan makanan diproses dan gula.

 

 

Peraturan untuk treats

 

treats

 

a. Benarkan treats untuk diri anda sekali sehari tetapi jangan lebih dari 200 kalori.

 

b. Pilih treats yang mengandungi kurang daripada 15 gram gula per serving.

 

c. Jika ia memberi anda kepuasan/kegembiraan, anggaplah ia treat anda untuk hari itu.