Kaka, atau nama sebenarnya Nor Atiqa nor Azraff, 25 tahun, ternyata memiliki pakej lengkap sebagai penghibur. Cantik, langsing, mesra dan ceria, itulah personalitimenarik pelantun lagu ‘Bawaku Pergi’ dan ‘Infiniti Cinta’ duet bersama Zizan ini. Ingin tahu apakah rahsia cantik dan langsing Kaka? Jom, kita selongkar!

 

 

Kekal Langsing

 

RAPI:  Hai Kaka. Badan anda cukup langsing walaupun terlibat dengan program makan-makan lewat malam seperti (Supper). Boleh kongsikan apa rahsia anda?

KAKA:  Hai RAPI. Untuk pengetahuan anda, saya pernah mengalami masalah berat badan. Sejak mengambil keputusan untuk berdiet, saya tidak pernah meninggalkan waktu makan utama terutamanya sarapan. Cuma, jumlah makanan yang saya ambil dikurangkan dan lebihkan sayuran hijau. Jika dahulu saya gemarkan makanan bergoreng seperti nugget, kini saya berjaya kurangkan dan lebih serius menjaga diet.

 

RAPI :  Apakah punca anda mengalami masalah berat badan dan berapakah berat badan yang paling tinggi pernah dicatatkan?

KAKA:  Mungkin selepas melakukan pembedahan kerana apendiks menyebabkan berat badan saya mula bertambah. Ia semakin sukar dikawal sehingga mencapai berat sebanyak 74 kilogram ketika berada di tingkatan lima! Keinginan saya untuk kurus membuatkan saya hanya mengambil dua ketul sosej untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Walaupun saya melakukan lompat bintang 200 kali setiap hari, berat badan saya langsung tiada perubahan. Ketika menyertai program PLKN, baru saya faham mengapa berat saya tidak turun apabila teman memberitahu cara diet saya salah! Kini, Alhamdulillah, saya berdiet dengan cara yang betul dan berjaya memperoleh hasilnya. (Senyum).

 

Bowling, Terapi Stress

RAPI:  Adakah anda melakukan sebarang aktiviti kegercasan?

KAKA:  Sudah tentu! Di samping pemakanan, saya juga sering berjoging, hiking dan berenang. Oh ya, sudah hampir setahun juga saya menyertai aktiviti boothcamp. Ia memang membantu saya mnegekalkan berat badan.

 

RAPI:  Tidak hairanlah anda sentiasa kelihatan cergas bertenaga. Adakah anda mengambil sebarang suplemen tambahan?

KAKA:  Jujur, boleh dikatakan semua jenis suplemen saya beli. Cuma tidak konsisten mengamalkannya. Tetapi, yang pasti, setiap malam sebelum tidur saya pasti akan makan sebiji dragon fruit yang dipotong-potong. Itu memang wajib! Ia buka sahaja sedap malah memang bagus sebagai pelawas. Dragon fruit memang diketahui cukup mbanyak khasiatnya dan mengenyangkan. Bagus untuk anda yang sedang berdiet.

 

RAPI:  Apakah yang anda gemar lakukan ketika strees?

KAKA:  Saya gemar bermain bowling. Selain menjadi aktiviti untuk kekal cergas, ia juga terapi terbaik untuk melawan tekanan. Segala kekusutan dan perasan marah tersebut saya lepaskan pada jatuhan pin yang saya lakukan pada setiap balingan. Jika strike, itulah kepuasan sebenar yang saya perolehi dan saya lebih gembira selepas itu! (Ketawa).

 

MENARIK BULAN INI

Kekal sihat dan cantik dengan Majalah Kesihatan No.1 Malaysia, RAPI! Jangan ketinggalan untuk RAPI keluaran 15 Mac 2014 yang telah pun berada di pasaran sekarang dengan pelbagai info penuh menarik mengenai dunia kecantikan dan kesihatan wanita. Antara menarik isu ini, 5 pelan diet ala santai, solekkan untuk melindungi wajah pucat, 10 latihan paling top untuk langsing secara mudah dan pantas, ketahui 7 risiko seks ketika haid, dan lebih lagi temubual  RAPI bersama Kaka di dalam RAPU Isu 15 Mac. Dapatkan sebelum terlambat!