Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25 tahun ini boleh dikategorikan sebagai wanita yang cukup bertuah. Pasti ramai yang mencemburui dan  mahu menjadi sepertinya. Lihat sajalah bentuk badan pelakon cantik ini yang kembali langsing seperti anak dara walaupun baru sahaja melahirkan seorang putera. Ingin tahu rahsia memey? Jom kita bongkar!

 

 

 

Berpantang waktu terbaik

 

RAPI : RAPI kagum dengan anda. bagaimana anda kembali langsing selepas melahirkan?

MEMEY: Terima kasih RAPI. Sebenarnya waktu terbaik bagi wanita yang mengalami masalah berat badan ketika mengandung adalah ketika berpantang. Selama 44 hari tersebut, saya dipantau oleh ibu dengan amalan-amalan tradisional. Makan pula usah sebarangan dan pastikan berkhasiat. Alhamdulillah, ia menunjukkan hasil.

 

 

 

RAPI: Apakah amalan tradisional yang Memey amalkan?

MEMEY: Seperti kebanyakkan wanita yang sedang berpantang di luar sana, Memey bertungku setiap hari. Ia sangat baik untuk melancarkan aliran darah. Berbengkung juga penting dan jangan sesekali mengabaikannya terutama sebelum makan. ia bertujuan untuk ‘menyukat’ jumlah makanan yang masuk ke dalam perut dan mempercepatkan rasa kenyang. Jika anda sabar menggunakannya selama 44 hari tersebut, pasti anda kembali langsing malah lebih langsing dari sebelumnya@ usah merasakan tempoh berpantang sebagai satu azab tetapi laluilah waktu itu dengan perasaan teruja untuk melihat hasilnya.

 

 

RAPI: Memang teruja mendengarnya! Adakah Memey mengamalkan jamu?

MEMEY: Ya benar. Ia sangat penting ketika berpantang kerana jamu bertindak untuk memanaskan badan dan meningkatkan kesihatan dalaman. Tetapi anda perlu mendapatkan nasihat mereka yang lebih arif terlebih dahulu bimbang sekiranya memudaratkan bayi yang sedang menyusu badan. Pastikan ia diambil mengikut sukatan yang ditetapkan.

 

 

Oh ya, untuk pengetahuan anda, Memey memang menyusukan bayi Memey, Muhammad Darwisz Hakim ( Arwish) yang kini berusia tujuh bulan dan sedikit sebanyak ia membantu Memey kembali langsing.

 

 

RAPI: Info yang cukup berguna untuk wanita di luar sana. Selepas berpantang, adakah Memey bersenam untuk mengekalkan bentuk badan?

MEMEY: Benar, tetapi bergantung juga dengan masa Memey. Jika berkelapangan, Memey dan keluarga akan keluar berjogging di taman dengan membawa Arwish di dalam stroller. Memey juga kembvali sibuk di lokasi penggambaran dan dalam masa yang sama turut mencuri masa menjaga Arwish. Kesibukkan ini turut membakar kalori, bukan? (Ketawa)

 

RAPI: Apakah pesanan anda kepada pembaca RAPI?

MEMEY: Sebagai wanita, usah sesekali anda mengabaikan kesihatan dan kecantikan diri. Status isteri atau ibu jangan dijadikan alasan untuk tidak menjaga penampilan. Percayalah, dengan sedikit usaha anda ia merupakan pelaburan di masa hadapan bersama insane tersayang. Siapa yang tidak ingin cantik dan langsing walaupun umur semakin meningkat bukan? Tidak mengapa jika anda perlu ‘memaksa’ diri untuk melakukannya kerana ia pasti akan menjadi amalan akhirnya. Ia terpulang kepada cara masing-masing asalkan tidak memudaratkan.

 

 

 

Untuk lebih banyak info mengenai Memey dan rahsia kesihatannya, dapatkan Majalah RAPI edisi 15 Oktober 2013 di pasaran sekarang!