Senaman terbaik adalah secara berbaring. Jauhi senaman yang mempunyai  risiko tinggi membuatkan anda akan terjatuh. Untuk pengetahuan anda, senaman ketika mengandung boleh membantu melegakan sakit belakang dan sembelit yang biasanya dialami wanita mengandung. Ada yang mengatakan kondisi ketika hamil tidak digalakkan untuk bersenam.

Ternyata, semua itu tidak benar. Lebih baik jika anda tingkatkan semangat untuk bersenam ketika sedang hamil kerana banyak kebaikan yang bakal anda rasakan. Tambahan pula, segala manfaat senaman ini bukan sekadar dinikmati anda seorang bahkan si bayi dalam kandungan. Ikuti entri ini untuk mengetahui 4 kebaikan senaman buat wanita hamil.

Mengapa Senaman Bagus Untuk Ibu Mengandung?

1. MENGGALAKKAN HORMON ENDORFIN
Hormon ini akan membuatkan anda berasa lebih bertenaga. Dengan melakukan senaman rutin, ia dapat membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki, sembelit dan juga kekurangan oksigen untuk bernafas sekaligus memberi anda lebih banyak tenaga untuk menampung berat badan anda yang semakin bertambah.

2. MENINGKATKAN STAMINA IBU
Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar. Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih dari 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).

Jenis senaman harus bersifat lembut dan sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan sahaja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting buat wanita hamil.

3. MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN
Mereka yang tidak bersenam mungkin memerlukan masa sekitar dua bulan untuk pulih tetapi  ibu yang bersenam mungkin hanya perlukan masa kurang dari sebulan.

4. KURANGKAN OTOT KEJANG, RISIKO BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN & MEMUDAHKAN PROSES MELAHIRKAN BAYI
Secara normalnya, wanita mengandung akan mengalami kekejangan otot terutamanya pada trimester ketiga kehamilan. Senaman secara konsisten dapat mengatasi masalah ini selain memudahkan proses kelahiran. Bersenam ketika hamil juga dapat menurunkan risiko melahirkan secara pembedahan.

Bila boleh mula bersenam?
Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil. Jika anda menyertai  program senaman, jurulatih akan merangka jenis senaman yang sesuai dengan keperluan setiap individu supaya senaman lebih berkesan, mengelak kecederaan atau boleh membahayakan kandungan.

INGAT!
HENTIKAN
senaman jika sesuatu tidak normal seperti berlaku pendarahan, sakit menusuk di perut, kehilangan nafas, keletihan melampau atau kondisi lain yang tidak normal. Hubungi doktor segera.