Bertubuh genit dan gemar tersenyum, itulah gambaran pertama tentang pelakon cantik, Anzalna. Sebenarnya agak lama untuk mendapatkan Anzalna bagi ruangan PROFIL ini berikutan jadualnya yang padat. Namun tarikan tersendiri yang dimilikinya membuatkan penulis tidak berputus asa.Kesempatan yang ada ini kami gunakan untuk bertanyakan tentang penjagaan kecantikan, aktiviti kecergasan dan juga cara Anzalna menangani stres.

 

"Jujurnya saya bukan jenis yang menahan makan. Saya akan makan apa yang saya mahu. Begitu pun saya akan mengurangkan pengambilan makanan berminyak." - m/s

 

TIP KECANTIKAN: 7 Punca mengapa kulit tidak cantik

Rasanya semua yang perlu dibuat untuk kulit cantik, sudah dibuat. Namun, mengapa ia tidak menunjukkan hasil seperti yang diharapkan? Kulit tetap nampak kusan dan tidak bermaya. Di mana salahnya? Kalau begini, baik dibiarkan sahaja! -m/s 30

 

FAIL KECANTIKAN: Braces rawat kecacatan gigi

Tersenyum dengan barisan gigi yang cantik membuatkan seseorang itu kelihatan sangat menawan. Malangnya, tidak semua memiliki senyuman yang meyakinkan itu. Namun, usah kecewa. Penggunaan braces atau pendakap gigi kini sedang mendapat tempat. Ia mampu mencantikkan kembali susun atur gigi sehingga pemakainya mampu tersenyum lebih manis lagi. FAIL KECANTIKAN isu ini dengan kerjasama Dr Halina Haron akan mengupas lebih lanjut tentang pendakap gigi. -m/s 32

 

KAUNSELING GAYA: 3 Gaya berbeza serlah tubuh genit

Bertubuh genit tidak terbatas utnuk berfesyen. Anda harus bijak memilih busana yang sesuai mengikut kesesuaian bentuk tubuh. Usah terlalu ketat dan jangan pula terlalu longgar. Bijak memilih gaya, anda juga boleh digelar fashionista walaupun dengan tubuh kecil. Ayuh, kita berfesyen! -m/s 46

 

FOKUS DIET: 8 Trik berkesan untuk diet yang sering gagal!

Rajin dan bersemangat belum tentu dapat menjamin kejayaan diet anda. Kadang-kadang anfa bersungguh-sungguh mengawal pemakanan, namun di akhirnya berat madan anda semakin bertambah. Berikut adalah lapan trik untuk yang sering gagal dalam diet. -m/s 78

 

Antara kandungan menarik yang lain adalah 7 Tip + 4 Menu rahsia tubuh langsing & mantap, 30 minit bodyweight workout, Menu diet seminggu tanpa nasi, 15 minit sahaja bakar kalori depan tv, Fahami Ekzema, Sleeping beauty 7+3 rahsia tidur berkualiti dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah RAPI edisi 15 April 2014!