Tidak kira watak apa pun yang diberi, akan digalas sepenuh jiwa dan terkesan di hati penonton. Setiap drama lakonannya, pasti mencatatkan rating tinggi. Raut wajah cantik seiring bakat yang dimiliki, merupakan pakej lengkap bagi pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum, 24 tahun ini. Tentunya anda ingin berkongsi rahsia sihat dan cantik Siti Saleha. Ayuh, kita bongkar rahsia gadis kelahiran England ini!  

 

TIP KECANTIKAN: Concealer Ilusi Wajah Semula Jadi

Adakah anda rasa semua model yang memperaga di pentas peragaan dan di dada majalah itu cantik dengan sendirinya? Mungkin juga ada sebilangan kecil yang mempunyai raut wajah sempurna dengan anjalan luar biasa segar dan biasan rona kulit yang sekata. Tetapi tidak semua. Masih ada yang mempunyai kesan noda-noda hitam

di bawah lingkaran mata atau pinggir kelopak hidung.

 

RAMBUT BERGAYA: Jelita, 2 Dalam 1

Sebelum kita sibuk memikirkan gaya rambut yang menarik di pagi Aidilfitri, elok kita rawat dahulu rambut dan kulit kepala yang sekian lama terbiar. Ini penting agar rambut kembali sihat dan bersinar sebagai mana sinaran

lebaran. Di samping membentuk rambut menarik, inilah masanya anda mengambil langkah untuk memperbaiki kesihatan rambut dan kulit kepala.

 

FOKUS SIHAT 2: Paru-paru Berair Bukan Akibat Mandi Malam

Kita sering dimomokkan dengan kenyataan mandi malam dan minum ais akan menyebabkan paru-paru berair. Benrakah begitru atau ia hanya satu omongan kosong tidak berasas? Fokus Sihat 2 kali ini akan menenerangkan lebih lanjut tentang punca dan permasalahan sebenar penyakit paru-paru berair.

 

SEKSOLOGI & REPRODUKTIF: Cerclage Serviks Cegah Keguguran & Kelahiran Pramatang

Cerclage serviks adalah prosedur jahitan pangkal rahim yang dilakukan sewaktu kehamilan untuk memastikan servik (pangkal rahim) tidak terbuka awal dan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatan. Servik merupakan bahagian bawah rahim (uterus) yang terjulur ke bahagian vagina.

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah RAPI edisi 15 Julai 2014 ini adalah 10 panduan Mudah Kekal Cergas Di Bulan Ramadan, 30 Aktiviti Harian Bakar Ekstra Kalori, Bertenaga Ketika Puasa Pilih 8 Makanan Ini, Ketahui Rahsia Cantik Dengan Lemon, Langsing Sebelum Syawal dan banyak lagi.