Aishah Ilias Sebati Dengan Aktiviti Lasak

Pemilik nama Siti Aishah Ilias ini merupakan anak jati Kuala Lumpur. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ketika berada di Lapangan Terbang Jakarta, beliau telah disapa oleh seorang produser yang memintanya hadir untuk sesi casting bagi mencari pelakon sebuah drama. Ternyata tuah menyebelahi Aishah apabila ditawarkan sebagai pelakon pembantu untuk drama “Mencari Athirah” sebanyak 30 episod. Menyedari populariti yang semakin memburu gadis ini, Rapi mengambil peluang untuk menampilkan dirinya dalam ruangan Profil sambil berkongsi cerita sihat, cergas dan cantiknya.

 

 FOKUS SIHAT 2: Risiko Strok Harus Tahu

Strok boleh menyerang sesiapa saja tanpa amaran atau tanda awal. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih banyak tentang risiko strok.

 

SIHAT SEMULAJADI: 9 Tip Ibu Muda Kekal Aktif

Haaa.. Mahu tahu rahsia kekal aktif walaupun bergelar seorang ibu? Artikel ini memberi tip bagaimana anda mahu kekal fit walaupun sibuk dengan kehidupan seharian.

 

FOKUS DIET: Pesanan Diet Agar Anda Langsing Segera

Mahu diet anda berjaya? Ikuti artikel ini untuk pesanan diet untuk bantuan anda langsing segera.

 

CABARAN LANGSING: 11 Teknik Miliki Perut Rata & Pinggul Mantap Sekarang!

Cuba langkah demi langkah senaman ini untuk memiliki perut rata dan pinggul mantap sekarang! Mudah dan tidak perlu kos mahal.

 

Antara artikel lain yang ada dimuatkan di dalam majalah RAPI edisi 01 November 2014 adalah Kopi Lawan Banyak Penyakit, Senaman Usah Berlebihan, Fahami Masalah Keguguran Bantu Anda Lebih Positif, Ketahui Celana Denim Yang Ideal, dan banyak lagi.