Melihatkan kelembutannya tika berbicara pasti membuatkan hari sesiapa sahaja yang melihat, tertawan. Ditambah dengan kejelitaan yang dimiliki, merupakan pakej lengkap bagi pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21 tahun atau lebih mesra disapa Sha. Oleh kerana kelebihan yang dimiliki inilah dia semakin mendapat tempat dihati peminat serta penerbit-penerbit drama atau filem. Anda tentu ingin tahu apakah rahsia jelita Uqasha bukan? Jom, kita bongkar!

 

 

Rahsia cantik Uqasha

 

RAPI: Selain lakonan berkesan, kejelitaan anda menjadi igauan peminat-peminat di luar sana. Boleh anda kongsikan  rahsia kecantikan anda?

Uqasha: Terima kasih RAPI. Tiada apa rahsia yang istimewa untuk saya ceritakan Cuma saya percaya permulaan penjagaan kecantikan mahupun kesihatan adalah berpunca daripada amalan pemakanan kita setiap hari selain senaman yang cukup. Bagi diri saya sendiri, saya minum air kosong yang cukup pasti menjadi kewajipan setiap hari. Amalan saya ini menjadikan kulit saya sentiasa lembab dan tiada masalah kulit atau rambut kering.

 

RAPI: berapa literkah anda minum air kosong setiap hari?

Uqasha: Biasanya saya akan minum air kosong sebanyak tiga liter sehari. Jadual saya sangat padat jadi saya tidak mahu  badan saya mengalami dehidrasi seterusnya membuatkan saya letih dan tidak mustahil menjadi punca segala penyakit. Walau sesibuk manapun, saya akan pastikan air kosong diambil secukupnya. Tambahan, ia memang menjadi amalan saya sejak dulu lagi.

 

RAPI: Corak pemakan anda pula bagaimana?

Uqasha:  Saya juga mahukan badan yang kekal langsing tetapi saya tidak sekali kali menjalankan diet ketat. Apa yang saya amalkan setiap hari ialah makanan-makanan berat sebagai sarapan seperti nasi atau mi manakala tengahari saya makan sedikit nasi dan lauk. Pada malamnya saya tidak ambil nasi langsung.

 

RAPI: Bagaimana pula dengan suplimen?

Uqasha: Untuk pengetahuan, saya tidak mengambil sebarang suplimen walaupun vitamin C.  Pernah mencuba, tetapi saya mendapati selera makan saya pasti akan bertambah daripada biasa selepasnya. Oleh itu saya berhenti  makan sebarang suplimen (ketawa).

Walaupun begitu tidak menjadi masalah kerana saya cukup gemarkan buah-buahan serta sayur-sayuran. Setiap hari saya pasti makan epal hijau dan pisang. Bukan sahaja baik untuk kesihatan malah ia menjadikan saya sentiasa bertenaga sepanjang hari.

 

Ha, corat coret bersama Uqasha tidak terhenti di sini. Kalau anda nak tahu lebih banyak rahsia si cantik manis Uqasha ni, kenalah dapatkan majalah RAPI edisi 15 Disember 2013 di pasaran sekarang!

 

 Menarik Bulan Ini!

Lebih hangat daripada biasa, RAPI edisi 15 Disember 2013 membawakan lebih banyak info kesihatan yang pasti lebih menarik buat Rapilicious semua! Antara topik menarik, 10 cara cerahkan siku dan lutut, 25 tip paling mudah untuk dicuba agar tampil kurus sepanjang 2014, gerakkan mudah untuk miliki kaki langsing &seksi, ketahui bagaimana ubat tahan sakit mampu undang kerosankan pada organ dan cara memantapkan tubuh dengan sukan bola keranjang. Cepat sebelum terlambat!