Adeline Kongsi Tip Langsing & Menawan

Dia mula dikenali melalui drama muzikal ‘Hotel Mania’ suatu ketika dahulu di samping filem-filem terbitan Metrowealth. Namun, bagi anda yang mengikuti perkembangan gadis kelahiran Sabah, Adeline Anthony Primus Tsen atau lebih dikenali sebagai Adeline Tsen, 28, anda pasti teruja dengan perubahan fizikalnyayang bertambah langsing dan menawan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Pasti ada halangan yang menjengah. Begitu juga dengan Adeline. Dia mengambil masa selama dua tahun untuk mendapatkan berat idaman. Bukan satu jangka masa yang singkat! Mahu tahu rahsianya? Jom, kita dapatkan Adeline!

 

TIP KECANTIKAN: 9 Warna Sensai Untuk Solekanmu

Bukan berfesyen sahaja perlu mengikut trend, bermekap juga mempunyai tempoh masa yang sesuai untuk digayakan. Suatu masa dahulu, kebanyakan wanita menggilai rona merah terang untuk menghiasi bibir mereka, juga pembayang mata warnamerah jambu yang memikat. Kini semua trend mekap itu sudah jarang diaplikasikan. Sejak awal tahun dahulu, terdapat beberapa rona kegemaran ketika bersolek. Tip Kecantikan kali ini membawa anda mengenali warna-warna itu.

 

PANDUAN KECERGASAN 1: Jom Ubah Senaman; Latihan Sederhana Tubuh Kekal Mampan

Untuk membentuk badan yang cantik dan mantap, anda tidak perlu tertekan dengan senaman yang anda lakukan. Cukup dengan rutin senaman yang tetap dan sedikit perubahan yang boleh diamalkan. Ketahui beberapa konsep sederhana yang boleh anda terapkan dalam senaman untuk membentuk badan yang anda inginkan.

 

Menu 7 Hari: Menu Tinggi Kalsium

Jika anda mempunyai masalah kekurangan kalsium, ikuti jadual menu tujuh hari ini. Menu mudah dan sihat, sesuai buat anda yang mahu meningkatkan kandungan kalsium dalam badan!

 

FOKUS SIHAT 2: Strok Haba Boleh Ancam Nyawa

Kebelakangan ini cuaca di Malaysia sangat panas. Walaupun tidak ramai yang mengetahui tentang penyakit strok haba, ia sebenarnya berlaku. Puncanya kerana cuaca yang panas keterlaluan sehingga membuatkan suhu badan seseorang meningkat. Ketahui tentang STROK HABA dalam ruangan FOKUS SIHAT 2 kali ini.

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah RAPI edisi 01 September 2014 ini adalah Panduan Bijak Mudahkan Diet, Tajamkan Minda; 6 trik Yang Mengasyikkan, Sihat Cara Wanita; Ikut 7 Panduan Ini, dan banyak lagi.