Umum mengetahui bahawa warna itu melambangkan keperibadian seseorang. Biasanya kita menilai orang melalui rona busana yang menjadi kegemarannya. Jarang sekali kita meneliti warna gincu yang dipakai teman kan? Sebenarnya pemilihan rona gincu juga boleh menjadi satu klu tentang diri seseorang.

 

Jom tengok 5 rona gincu yang selalu menjadi pilihan wanita! (beserta info peribadinya)

 

1. COKLAT/NUDE

*Penggemar rona ini sangat mudah didekati dan peramah.

*Seorang yang jujur.

*Ringkas dan tidak suka memperbesarkan sesuatu hal.

 

Hal ini berikutan rona tanah tampak mudah dan praktikal pada bibir seseorang. Warna gincu begini akan sangat sesuai dipakai jika anda pergi ke interviu mahupun temujanji bersama klien/pasangan.

 

2. PIC/JINGGA

*Hangat! Biasanya penggemar rona ini diklasifikasikan sebagai wanita yang penuh tenaga dan semangat.

*Ceria dan suka memeriahkan suasana.

*Mudah dipercayai dan diajak berbual.  

 

Warna ini memberi signal kepada orang lain bahawa anda sudah bersedia untuk melakukan apa saja. Saat anda mengejar waktu, warna ini dapat mewujudkan satu aura yang membuatkan anda lebih bertenaga.

 

3. MERAH JAMBU

*Romantis.

*Lebih feminin dan mempunyai jiwa lembut.

*Berjiwa muda.

 

Dikatakan penggemar warna ini seorang yang berani (tetapi tidak berlebihan) dan mempunyai sisi pemalu pada dirinya. Warna paling sesuai dalam suasana damai dan menenangkan.

 

4. MERAH

*Warna seksi dan melambangkan keberanian.

*Juga penuh emosi dan sering tampil berkeyakinan.

*Tidak mudah tergugat dengan orang lain dan sangat gemarkan cabaran.

 

Penggemar warna merah dilihat sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai banyak idea. Warna ini juga sangat tepat untuk, MOOD BOOSTER!

 

5. PLUM/UNGU

*Anggun dan mewah.

*Juga romatis dan feminin, tetapi mempunyai jati diri yang sangat tinggi.

*Tidak mudah terbuai dek emosi dan mampu berfikir secara logik.

*Sentiasa tenang dan penyabar.

 

Di sesetengah kawasan di barat, warna ini lebih banyak digayakan oleh janda. Sebenarnya, ia melambangkan seorang wanita yang anggun dan penuh kemegahan.

 

Jadi, apa warna gincu yang menjadi kegemaran anda?