Biasanya selepas kita makan sesuatu yang sedap seperti tempoyak atau gulai, pasti tangan berbau. Puas basuh guna sabun, baunya tetap ada. Takkan nak makan guna sudu kan? Tak feel rasa makanan tu. Ada antara kita yang membersihkan tangan dengan sabun, kemudian oles pula losen untuk menghilangkan bau hamis itu. Masih juga sama, kesan bau itu tetap bersisa.

RAPI kongsikan dengan anda 5 bahan natural yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau tidak enak itu.

1. GULA
Ambil satu sudu teh gula dan gosokkan pada tangan selama 2-3 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Bukan saja bau hamis hilang, bahkan tangan tapak tangan juga akan terasa lebih lembut.

2. LIMAU
Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.

3. CUKA
Gunakan hanya 1-2 sudu besar cuka dan gosok pada tangan. Urut lembut tangan dan kemudian dibilas. Selepas itu, cucilah tangan dengan sabun seperti biasa.

4. GARAM
Sama seperti gula, ambil sedikit garam dan gosokkan pada tangan umpama menggunakan skrub. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air.

5. DAUN SELASIH
Basahkan sedikit tangan dan gosokkan daun selasih pada tangan. Pastikan setiap bahagian yang hendak dibersihkan digosok dengan daun selasih. Selepas itu, bolehlah dibersihkan dengan air.

Mudah kan? Selepas ini, jangan tahan diri jika mahu makan makanan kegemaran anda hanya kerana ia berbau. Selamat mencuba!

*Ingat, sesedap mana pun makanan kegemaran anda, makan biar berpada-pada ya!